Post-Punk is Freedom
Pada awalnya band ini dikenali sebagai Warsaw yang diinspirasikan daripada lagu David Bowie, “Warszawa”. Bergerak dengan genre post-punk, idea band ini tercipta setelah Bernard Sumner dan Peter Hook berjumpa di sebuah gig Sex Pistols pada tahun 1976.
Hanya bertahan selama 1 tahun, Warsaw ditukar nama kepada Joy Division yang diambil sempena nama tempat kem konsentrasi untuk pekerja seks ketika era peperangan nazi di dalam novel The House of Dolls.
Dianggotai oleh Ian Curtis, Bernard Sumner, Peter Hook, dan Stephen Morris, band ini dilamar oleh Factory Record pada tahun 1978.
Nama Joy Division tidak bertahan lama setelah vokalis mereka iaitu Ian Curtis mati menggantung diri di dapur rumah beliau di Macclesfield setelah habis mendengar album lagu Iggy Pop, The Idiot, satu hari sebelum Konsert Tour Amerika pertama Joy Division pada tahun 1980.
Ramai beranggapan bahawa lan Curtis (23 tahun) mati kerana mengalami depresi dengan masalah perceraian dengan isteri beliau dan juga murung kerana sering mengalami kekejangan ketika berada di atas pentas sehingga masalah sawan beliau digelar “Epilepsy dance”
Joy Division hanya sempat mengeluarkan dua album sahaja bersama lan Curtis iaitu Unknown Pleasures dan Closer. Dengan kematian Ian Curtis, ahli band bersetuju untuk menukarkan nama Joy Division dengan sebuah nama band yang baru iaitu New Order.
“We’re changing our ways, taking different roads and love will tear us apart again.”
Ian Curtis of Joy Division
Legends forever!!