Categories
Musician

THE WHO

bandoftheday

Background Photo by Julián Amé on Unsplash


“People try to put us d-down (Talkin’ ‘bout my generation), Just because we get around (Talkin’ ‘bout my generation)”

The Who merupakan salah satu kumpulan rock paling berpengaruh pada abad ke-20 dan antara kumpulan yang masih diingati sehingga kini. Band ini mula beraksi pada tahun 1964 di London. Mereka mempunyai 4 orang ahli iaitu, Roger Daltrey (lead vocals), Pete Townshend (lead and rhythm guitarist, vocals), John Entwistle (bassist, vocals) dan Keith Moon (drummer).

The Who bukan sahaja berpengaruh malah mereka telah meraih banyak pencapaian yang tinggi. Sebagai bukti, The Who telah berjaya menjual 100 juta rekod di seluruh dunia. Pada tahun 1965, single milik The Who iaitu “I Can’t Explain” telah berjaya masuk dalam Top 10 di UK. Kejayaan mereka berulang dengan album My Generation (1965), A Quick One (1966), The Who Sell Out (1967), Quadrophenia (1973) dan banyak lagi. Album Quadrophenia sebagai sambutan dalam kejayaan mereka.

Detik kejatuhan mereka mula apabila Keith Moon meninggal dunia pada tahun 1978 akibat terlebih dos dadah (Heminevrin). Keith merupakan Top 10 drummer sepanjang masa. Kemudian, beliau diganti dengan Kenney Jones sebagai pemain drum yang baru.

Pada tahun 2002, John Entwistle pula mengikuti jejak langkah temannya, Keith. Maka, dua orang ahli asal iaitu Pete Townshend dan Roger Daltrey sahaja yang masih meneruskan perjuangan The Who sehingga ke hari ini. Kumpulan ini telah berjaya menghasilkan sebanyak 12 album sejak awal aktif pada tahun 1964 sehingga 2019.

Sumbangan mereka dalam dunia rock dipraktikkan oleh anak-anak muda yang meminati genre rock. Antaranya ialah perkembangan Marshall stack, penggunaan synthesizer, perkembangan muzik rock opera dan termasuklah gaya bermain Entwistle dan Moon.

Karya-karya dan nama The Who juga telah dimasukkan ke dalam muzium Rock and Roll Hall of Fame pada tahun 1990.

Lagu-lagu milik The Who senang difahami, lebih-lebih lagi lagu “My Generation”. Jelas bahawa The Who bercakap tentang generasi pada waktu itu namun ianya seakan tiada beza dengan realiti sekarang. Dalam pada masa yang sama banyak lagi lagu-lagu mereka yang masih didengari.

“But my dreams they aren’t as empty as my conscience seems to be... “ 
Behind Blue Eyes, The Who

Penulisan artikel oleh @nbil.akl