Pernah dengar tak kisah seorang lelaki bernama Phinease Taylor Barnum? Seorang lelaki yang dilahirkan dalam keluarga miskin berjaya mengubah nasib keluarganya dengan membuka sebuah sarkas.
Dalam cerita ini, Phinease Taylor Barnum atau P.T. Barnum telah berjaya membuka sebuah sarkas di mana dia telah mengumpulkan orang-orang kelihatan ‘pelik’ dan melakukan beberapa persembahan. Orang-orang pelik yang pada awal dipinggirkan oleh masyarakat namun mula diterima kemudian masa.
Filem The Greatest Showman telah mendapat sambutan yang baik. Kita dapat melihat sudut positif yang ingin disampaikan oleh pengarah kepada penonton iaitu menghargai kekurangan diri dan jadikannya sebagai kelebihan. Namun, percaya atau tidak bahawa hampir kesemua watak yang ada dalam filem ini benar-benar wujud. Sebenarnya, filem ini telah diadaptasi daripada perjalanan hidup seorang bapa sarkas yang bernama P.T. Barnum.
Selain P.T. Barnum, watak orang-orang pelik yang bergabung dengan beliau juga wujud. Pasti yang menonton filem ini ingat dengan wanita berjambang. Sebenarnya, wanita yang bernama Lettie Lutz ini merupakan watak yang diambil daripada dua orang gadis yang bernama Josephine Cloufullia dan Annie Jones. Daripada keunikan yang ada pada dua orang ini, mereka menjadi tarikan kepada orang ramai untuk menyaksikan persembahan yang ada di sarkas milik Barnum.
Selain watak Lettie Lutz, terdapat seorang watak lelaki kerdir bernama Charles Stratton. Lelaki dengan gelarannya Tom Thumb ini mempunyai ukuran badan setinggi 99 cm dan telah menyertai sarkas milik Barnum. Realitinya, dia merupakan orang yang terpenting dalam sarkas ini. Tambahan pula dia sebenarnya merupakan saudara jauh kepada Barnum. Wajah watak dalam cerita ni juga sangat mirip dengan wajah yang asal.
Selain itu, Fedor Jetfichew atau dikenali sebagai Dog Boy ini juga wujud. Dia dikenali sebagai Jo Jo the Dog Boy semasa bekerjasama bersama Barnum di dalam sarkas. Nama gelaran Dog Boy itu diberi oleh kerana dia mempunyai bulu tebal yang menutupi keseluruhan tubuh. Dahulu, orang ramai mungkin pelik dengan keadaan Jo Jo the Dog Boy ini. Oleh kerana itu sarkas milik Barnum mendapat sambutan. Hakikatnya, lelaki asal Rusia ini menghidapi penyakit bernama Hipertrikosis.
Sebenarnya, masih ramai lagi watak yang ada dalam filem ini ternyata wujud. Malah ada juga watak yang direka bagi membuat jalan cerita itu menjadi lebih menarik. Kalau tak, filem ni tersangatlah hambar. Ditambah pula dengan selingan nyanyian lagu-lagu yang sangat sedap didengari membuatkan penonton menjadi lebih enjoy.
Artikel oleh @paizsano
(retrieved from Rabak-Lit’s Twitter, revised)