10 Lagu Memberontak
Nasir Jani merupakan seorang sutradara yang popular, dan mengarah filem-filem ikonik seperti Kembara Seniman Jalanan (1986) dan Rozana Cinta ’87 (1987). Pun begitu, beliau juga menulis lirik lagu, dan ini adalah 10 lagu menarik dari Nasir Jani.
1. ROMANIA
Kumpulan: Wings
Album: Teori Domino
Mengisahkan tentang revolusi yang berlaku di era akhir Perang Dingin di Romania, lagu ini berkata tentang ‘teori domino’ di mana kejatuhan Romania menjadi punca kejatuhan negara-negara komunis di Eropah Timur pada tahun 1989.
2. KOTA KEMUSNAHAN
Kumpulan: Wings
Album: Belenggu Irama
Lirik lagu ini mengisahkan tentang konflik politik pemilihan UMNO tahun 1987 apabila ia diharamkan oleh mahkamah setahun kemudian, seterusnya menyebabkan perpecahan orang Melayu.
3. SYURGA JAMBUL TERBAKAR
Kumpulan: Kris
Album: Ratna
Lagu ini menceritakan tentang peristiwa Menteri Penerangan ketika itu, Mohamed Rahmat yang memotong rambut penyanyi kumpulan Wings, Awie dan kumpulan Search, Amy secara live di TV, sekaligus sebagai simbolik berakhirnya era muzik rock di negara ini.
4. MENCARI KEJUJURAN
Penyanyi: Hattan
Album: Sangkar Terasing
Lagu ini ditulis di era Kembara Seniman Jalanan pada tahun 1986. Lagu ini adalah lagu tentang soul-searching kepada Nasir selepas mula mengecapi populariti selepas filem tersebut meletup.
5. BIKIN FILEM
Penyanyi: M. Nasir
Album: Saudagar Mimpi
Album ini mengisahkan tentang dunia glamor dalam industri perfileman, yang beliau rasakan dipenuhi dengan orang yang superficial (mementingkan rupa daripada ilmu perfileman itu sendiri).
6. CINTA KRISTAL
Penyanyi: Rahim Maarof
Album: Kristal
Lagu ini ditulis di King’s Studio ketika bersama M Nasir, dan menulis tentang perasaan cinta terhadap Tuhan. Kristal adalah sejenis bahan galian yang mahal dan indah, maka sebab itu digunakan perkataan ‘kristal’.
7. SRIKANDI CINTAKU
Kumpulan: Bloodshed
Album: Samarkand
Lagu ini mengisahkan tentang perjuangan para prajurit dalam mempertahankan negara dari ancaman musuh. Lagu ini antara lagu yang masih kekal popular sehingga ke hari ini.
8. AMERINGO
Kumpulan: Wings
Album: Naga Kramat
Lagu ini ditulis sekitar tahun 2001, ketika peristiwa 11 September berlaku. Bait lirik seperti ‘tiba-tiba garuda melanda, menyerang dan melanggar musnah’ menceritakan bagaimana peristiwa tersebut mengubah geopolitik dunia pada awal abad ke-21.
9. BUKTIKANLAH
Kumpulan: Wings
Album: Orang Asing
Lirik lagu ini ditulis pada tahun 1995, apabila kisah seorang ahli politik terkemuka terlibat dalam kes skandal seks melibatkan budak bawah umur.
10. BAZOOKA PENAKA
Kumpulan: Wings
Album: Bazooka Penaka
Penaka adalah gabungan kata ‘penamat kata’, di mana ketika lagu ini ditulis, mengisahkan tentang protes artis-artis rock yang telah didiskriminasikan oleh pihak kerajaan sebagai ‘rakyat kelas kedua’.
Rebel Playlist: 45 Lirik Lagu Memberontak Hasil Ciptaan Nasir Jani
Sebuah buku terbaharu oleh pengarah filem/penulis, Nasir Jani.
Rebel Playlist membongkar isu dalam industri muzik negara melalui lirik-lirik lagu hasil ciptaan Nasir Jani.
Cetakan Pertama Mei 2023
Format: 226 m/s, paperback
ISBN: 978-967-98254-0-1
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah lirik-lirik lagu yang lain, boleh dapati di buku ‘Rebel Playlist’, nukilan sendiri Nasir Jani yang menggarapkan pengalamannya sendiri sebagai seorang penulis lirik lagu.
Penulisan artikel oleh: Nami Cob Nobbler