Description
Nasir Jani kembali dengan sebuah buku baharu bertajuk “Rebel Playlist”. Kali ini, beliau fokus ke arah muzik.
Rebel Playlist menceritakan situasi industri muzik negara dari zaman 1970an hingga awal 2000. Isu terbesar pada ketika itu adalah isu cetak rompak serta rasuah dan skandal dalam politik negara. Selain itu, maksud lirik ciptaannya seperti Srikandi Cintaku, Cinta Kristal dan Bazooka Penaka juga dikupas bagi memahami tujuan dan kisah sebenar yang berlaku.
Selain itu, terdapat satu bab khas yang menceritakan suatu kisah yang sudah lama dipendam oleh Nasir Jani sendiri. Setelah hampir lebih 30 tahun, beliau akhirnya mendedahkan sebuah fakta sebenar mengenai penciptaan lagu “Srikandi Cintaku” oleh kumpulan Bloodshed. Siapakah penulis sebenar lagu tersebut??
Di samping mengarah filem, Nasir Jani juga telah menulis beberapa lirik lagu. Aktiviti ini bermula setelah beliau menulis lirik untuk kumpulan Blues Gang yang bertajuk “Jumpo Kawan Lamo” dan “Blue Bingung”.
Beberapa kumpulan muzik dan artis yang menyanyikan lirik lagu ciptaan beliau adalah Wings, Dato’ M, Nasir, Ito Mohd., Shima & The Boys, Bloodshed, Ella, Dilla Hussein dan ramai lagi.
Industri muzik rock negara, industri muzik yang ditunggang oleh kerajaan untuk menutup isu rasuah dan skandal negara.
Penerbit: Rabak-Lit
Tarikh terbit: Mei 2023
ISBN: 9786299825401
Format: Paperback
Bilangan muka surat: 226
Dapatkan juga kasut FK Sneakers Edisi Khas Nasir Jani:
https://rabaklit.com/product/fk-special-edition-x-nasir-jani/
Reviews
There are no reviews yet.