Pesta Zine x DIY kini kembali.
Penganjur
Penganjuran kali ini adalah committee DIY Fest bersama ahli-ahli daripada Young Art Entrepreneurs dan Balai Seni Negara.
Tujuan
Matlamat DIY Fest masih kekal sejak kali pertama dilaksanakan pada tahun 2016. Untuk membawa satu perubahan suasana dalam meraikan seni, memecahkan tembok yang memisahkan “seni mainstream” dengan “seni underground”.
Zine X DIY Fest adalah satu platform di mana kita dapat cross-culture antara semua penggiat seni tempatan tanpa mengira medium dan genre.
Artis Undangan & Persembahan
Artis-artis yang terlibat menjayakan festival ini adalah artis-artis painting, sculpture, DIY, penggiat zine, lukisan dan ramai lagi.
Persembahan sajak akan dijayakan oleh para pemuisi seperti Sijasad Bersiong, Hamzah Yazd dan Liqa.
Selain itu, persembahan muzik akustik daripada Hunky Dory, Francis Wolf, Petak Daud, rappers Altrbrg dan Hassan Marialis. Ada juga band performance oleh Satwo, Armpunk Syndicate, Acid Rain, DJ Killah Z dan Brainstew.
Perbezaan ZINE x DIY dengan acara-acara lain.
Setiap event ada keistimewaan sendiri. Perbezaan utama pesta ini adalah bagaimana Zine X DIY Fest mengetengahkan konsep cross-culture ini bukan sahaja dari segi muzik atau penggiat seni tangan semata-mata. Kita menggabungkan seluruh pengkarya seni dalam satu hari untuk saling mengenali, mendapatkan target crowd yang berbeza dari zon selesa masing-masing. Mereka tidak dimonopoli oleh artis ternama sahaja tetapi menggabungkan mereka atas satu acara dan satu pentas.
Cross-culture ini penting. Sebagai contoh, masih ada penggiat seni yang tidak kenal galeri, dan galeri tidak kenal artis-artis berbakat yang tidak mempunyai connection dengan dunia seni yang lebih mainstream. Maka, inilah masa untuk kita semua bersatu atas nama seni!
Seni untuk dinikmati tanpa diskriminasi!
Kalau sebelum ini Zine X DIY Fest terlepas pandang kepada potensi syarikat dan NGO tempatan sebagai rakan kerjasama. Kali ini, dalam tempoh masa yang terhad, kami dapat membuat kerjasama dengan beberapa pengusaha seni tempatan seperti Rabak-Lit, Cerita & Co., serta hebahan media oleh Tengkorak Hang Podcast dan KL SketchNation.
Rakan kerjasama ini penting dalam membina rangkaian dan meningkatkan nama dan kredibiliti pengusaha seni tempatan. Sokongan daripada Balai Seni Negara juga adalah satu batu loncatan untuk membantu artis-artis kecil terutamanya, untuk mendapat tempat di hati masyarakat.