Categories
Movie

Wild (2014 Film)

Wild

Background Photo by Marius GIRE on Unsplash


Pacific Crest Trail ialah laluan mendaki melalui puncak pergunungan di Califronia, Oregon dan Washington dari Mexico ke Canada.

Pada Jun 1995, Cheryl Strayed membuat keputusan meninggalkan kehidupan di bandar Minneapolis untuk memulakan kembara solo mendaki gunung sepanjang 1,100 batu (1,800 km). Kembara pendakiannya diceritakan semula oleh Cheryl dalam sebuah memoir bertajuk Wild: A Journey from Lost To Found. Memoir teresebut telah memberikan peluang dan inspirasi kepada pengarah Jean-Marc Vallée dan penulis Nick Hornby bagi mengubah karya penulisan itu kepada sebuah filem adaptasi psiko drama bertajuk Wild.

Mereka berdua bekerjasama dengan Reese Witherspoon, yang melakonkan watak Cheryl bagi menghasilkan sebuah filem yang melangkaui jangkaan dengan mengelakkan penggunaan narratif dan perkembangan plot yang klise. Mereka telah melaksanakan strategi yang baik dengan menghasilkan suatu montaj  halusinasi sepanjang dua jam penuh dengan adegan pendakian diikuti kisah latar belakang watak Cheryl. Montaj pendakian tersebut juga diringi dengan lagu dan puisi yang dibaca oleh Cheryl kepada dirinya sendiri semasa keseorangan di pergunungan.

Kematian ibunya, Bobbi Grey (Laura Dern) menimbulkan rasa sedih yang terlampau pada Cheryl sehingga dia mengalami kemurungan. Dia cuba mengubati rasa hiba dengan mengambil dadah heroin dan melakukan aktiviti seksual rambang.

Kelakuan Cheryl jadi tidak terkawal menyebabkan berakhirnya hubungan dia bersama suaminya, Paul (Thomas Sadoski). Ini mungkin adalah punca kepada Cheryl membuat keputusan tergesa untuk memulakan pendakian tanpa persediaan lengkap.

Adegan ini merujuk kepada unsur metafora yang ketara dengan beg galasnya terlalu berat sepertimana beban yang dipikul olehnya. Sehingga satu ketika dimana seorang pendaki yang lebih pakar membantu Cheryl meninggalkan barang yang langsung tidak diperlukan.

Ia adalah agak mengecewakan kerana penyiaran filem Wild pada tahun 2014 mungkin terlalu awal, menyebabkan produksi ini tidak mendapat penghargaan yang sewajarnya. Pada tahun 2015, Chery Strayed yang sebenar pernah mengemukakan isu seksisme dalam dunia Hollywood yang menghalang filem ini dari memenangi “Best Picture Award”. Walaupun perwatakannya di dalam buku adalah cenderung kepada penyesalan dan sering menyalahkan diri sendiri, penulis Nick Hornby menggantikan perwatakan Cheryl dalam filem menjadi lebih berani dan tidak mudah berputus asa.

Ia adalah kemungkinan besar bahawa industri filem pada masa itu masih sukar menerima cerita yang menjadikan wanita sebagai watak utama yang mengembara keseorangan. Keseluruhannya, setiap aspek yang ditonjolkan dalam naratif dan perkembangan plot filem Wild ini adalah sangat terperinci dan sempurna.

Cerita ini membuktikan sebarang perubahan dalam struktur jalan cerita mampu mengubah filem pengajaran yang bosan kepada sesuatu yang lebih menarik sementara mengekalkan fokus utama filem tersebut.


Artikel oleh @nisabean

(retrieved from Rabak-Lit’s Twitter, revised)