Categories
Local Acts

MADDTHELIN

Maddthelin

“I just want to be me I wanted to be free, please let me talk like me please let me act like me.”

Local Band Highlight: Maddthelin

Mustahil metalhead lokal hari ini tidak mengenali band yang bernama Maddthelin ini, sebuah band yang sangat unik dan betul-betul legend!

Kumpulan post-hardcore ini berasal daripada Kuala Lumpur, Malaysia dan dibentuk oleh Izzul, Daniaal, Yasmin, Lenny dan Asyraf pada tahun 2008. Pada tahun 2010 pula, Adiel telah bersatu dengan kumpulan itu sebagai drummer. Kemudian, pada tahun 2014 pula, Kareema menyertai kumpulan itu sebagai keyboardist dan vocalist, menggantikan Yasmin Matthews, vocalist asal. Kehadiran Kareema telah memberi dimensi yang sangat berbeza dengan muzik mereka.

Uprising Music Fest 2014
13/09/14
Photo by: @bobvizard Source: Facebook Maddthelin

Maddthelin dikenali dengan penyampaian lagu-lagu mereka yang bercampur elemen post-hardcore dan cryo serta gabungan jeritan dan chorus yang sangat catchy. Penyampaian muzik kumpulan ini diinspirasi oleh kumpulan-kumpulan post-hardcore lain seperti Eyes Set to Kill, One OK Rock dan Pierce The Veil.

Terdapat beberapa lagu mereka yang paling digemari para pendengar lebih-lebih lagi kepada para metalhead ini antaranya ialah “Forfeit” dan “Rise”. Kedua-dua lagu ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Dengan penerimaan lagu-lagu mereka yang sangat positif oleh pendengar, Maddthelin semakin dikenali dari hari demi hari.

Music video "Forfeit". Tekan imej untuk dengar di YouTube.
Lyric video lagu "Rise" dari album Ascension. Tekan imej untuk dengar di YouTube.

Pada bulan Februari 2016, Maddthelin telah melancarkan album sulung mereka yang berjudul Ascension. Terdapat sembilan buah lagu dalam album ini iaitu “Perplexity”, “Voices”, “Axis”, “Conscious”, “Ascension”, “Interlude”, “Undone: Part II”, “Rise” dan “Forfeit”. Kesemua lagu yang mereka hasilkan mempunyai maksud dan tema yang tersendiri.

Jika seseorang mendengar lagu-lagu mereka secara membuta tuli, mereka akan menganggap bahawa lagu-lagu ini tiada perkataan yang jelas dan rock semata-mata. Namun, jika seseorang itu mendengar lagu-lagu yang Maddthelin hasilkan dengan mengetahui setiap bait lirik lagu dan penghayatan yang penuh, lagu-lagu mereka sebenarnya mempunyai makna yang sangat mendalam.

Ada juga lagu yang mereka hasilkan berkait dengan tragedi yang pernah menggemparkan seluruh Malaysia pada ketika itu iaitu lagu berjudul “Ascension”. Lagu ini berkenaan dengan pesawat MH370 yang telah hilang pada tahun 2014.

Selain itu, lagu “Perplexity” ini juga mempunyai maksud yang sangat positif.
Lirik lagunya mampu memberikan semangat kepada pendengar jika pendengar betul-betul menghayati lagu ini.

Semasa berlangsungnya acara “Fright Night: The Revenge” pada tahun 2019 yang lalu, sesiapa yang mengunjungi acara itu pasti berasa beruntung dan mungkin tidak akan dapat melupakan saat-saat berharga seperti itu kerana dapat melihat kembali persembahan yang penuh bertenaga daripada Yasmin Matthews bersama Maddthelin dengan membawakan lagu “Forfeit” asal di atas pentas. 

Maddthelin sememangnya band yang patut diangkat dengan ada karya seni mereka yang sangat berharga dan susah untuk dicari ganti. Harapan kami adalah Maddthelin akan terus kukuh berdiri dan terus berkembang dalam seni muzik tanah air dan juga antarabangsa.

Long Live Maddthelin! 🤘🏻


Penulisan artikel oleh @paehsano
(retrieved from Rabak-Lit’s Instagram, revised)