Drummer yang malang atau pailang?
Whiplash adalah sebuah filem diarah oleh Damien Chazelle dan dibintangi oleh Miles Teller dan J.K. Simmons. Filem ini mendapat pujian serta tercalon dalam anugerah Oscar untuk “Best Picture”. Pelakon pembantu dalam filem ini juga memenangi anugerah Oscar bagi “Best Supporting Actor” serta “Best Film Editing” dan “Best Sound Mixing”.
Apakah yang menjadikan filem Whiplash ini sebagai filem yang luar biasa? Watak utama dalam filem ini adalah Andrew Naiman yang dimainkan oleh Miles Teller, seorang yang sunyi dan berbeza dengan orang lain. Dia mengalami kesunyian kerana dia tidak mempunyai kawan yang ramai dan dia hanya mempunyai ayah untuk bercakap dengannya pada setiap hari. Kesunyiannya juga dapat dilihat pada cara dia bertindak bersama orang lain dan dia selalu mengharapkan orang yang dia pandang dapat berkomunikasi dengannya.
Cara Andrew bermain drum juga berbeza. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang pemain drum yang hebat, namun setiap kali dia membuat tampilan untuk drumnya di kelas, rakan-rakannya akan mengetawakannya. Semua ini dapat diubah apabila Andrew dibawa untuk berjumpa dengan Conductor Terence Fletcher yang dimainkan oleh J.K. Simmons. Pada waktu itu, Andrew akan mengalami perubahan dalam hidupnya iaitu pengalamannya yang trauma dengan Fletcher pada hari pertamanya di studio band.
Andrew akan melawan kesunyiaannya ketika dia bertanya kepada gadis yang dia suka iaitu Nicole untuk temu janji. Semua ini akan membuahkan hasil di mana Andrew dan Nicole dapat mengadakan temu janji mereka.
Tidak lupa juga, Andrew dapat menjadi drummer baru untuk studio band. Malangnya jika banyak perkara baik berlaku, pasti akan berlaku perkara buruk juga. Andrew mengalami perubahan semula iaitu apabila dia digantikan oleh mantan ahli bandnya sebagai pemain drum utama. Oleh itu, Andrew bertekad untuk menarik perhatian Fletcher dengan berlatih bersungguh-sungguh. Pada masa yang sama, dia berlatih dengan marah terus menerus sehingga memukul drumnya dengan kuat.
Andrew juga bertindak untuk berpisah dengan Nicole kerana dia percaya Nicole itu seperti gangguan dalam kerjayanya. Setelah Andrew telah mendapat kembali peranannya sebagai pemain drum utama, dia berubah menjadi lebih teruk. Andrew yang dulu pendiam dan disukai kini telah menjadi seorang yang panas baran dan suka memperlekehkan orang lain. Perubahan ketara pada Andrew ini menjadi tamparan untuknya. Dia kemudian dikeluarkan dari bandnya ketika dia gagal memainkan peranannya dengan baik.
Andrew juga telah mengalami kemalangan dan dia enggan untuk mendapatkan rawatan kerana dia ingin tampil di pertandingan untuk bandnya yang selepas itu. Hal itu membuatkan Andrew dengan penuh rasa marah mula menyerang Fletcher di atas pentas sebelum dia dikawal untuk dikeluarkan.
Filem ini menunjukkan kita bahawa ketika seseorang mengalami perubahan yang mendadak dalam hidupnya, pasti akan menjadi suatu peristiwa yang sangat malang baginya. Ini boleh diumpamakan seperti belon yang meletup kerana diisi dengan begitu banyak angin. Malah, belon meletup itu juga akan kembali pada bentuk asalnya walaupun sudah rosak. Andrew yang setelah diusir kini telah kembali pada Andrew yang asalnya. Dia mengalami kesepian dan menjadi seorang yang berbeza dengan orang lain tetapi dia sudah berputus asa untuk menjadi pemain drum.
Filem ini juga diisi dengan lakonan yang bagus, percampuran suara dan bunyi dan adegan romantik serta babak emosi yang menjadikannya sebuah filem yang tidak dapat dilupakan.
Artikel oleh @ArifAzyy
(retrieved from Rabak-Lit’s Twitter, revised)