Categories
Subculture

RAGE AGAINST THE MACHINE MELAWAN ISRAEL

Pada beberapa hari yang lalu, Rage Against The Machine pernah membuat satu postingan di laman Twitter mereka tentang melahirkan rasa simpati terhadap Palestin yang diserang Israel.

Rage Against The Machine ataupun dikenali sebagai RATM adalah kumpulan muzik rock yang berasal dari Los Angeles, California. Dibentuk tahun 1991, kumpulan ini terdiri daripada Zack de la Rocha (lead vocals), Tim Commerford (bassist, vocal), Tom Morello (lead & rhythm guitarist) dan Brad Wilk (drummer). Lagu-lagu mereka semua berunsur kritikan terhadap sistem pemerintahan.

Baru-baru ini juga mereka mula bangun semula dengan membuat kritikan tentang kekejaman Israel terhadap Palestin. RATM mengutuk sekeras-kerasnya melalui Twitter tentang kekejaman Israel terhadap Palestin yang menjadi perhatian semula kepada seluruh dunia. Postingan di Twitter mereka itu adalah “Keganasan dan kekejaman yang kita saksikan di Syeikh Jarrah, perkarangan Al Aqsa dan Gaza adalah kesinambungan selama beberapa dekad apartheid brutal Israel dan pendudukan Palestin yang ganas. Kami berdiri bersama rakyat Palestin ketika mereka menentang keganasan penjajah ini dalam semua bentuk.” Hal ini membawa RATM sehingga menjadi top trending dalam Twitter di Amerika.

Seperti yang kita sudah tahu, lagu-lagu Rage Against The Machine berbaur kritikan terhadap sistem politik, perang atau pemerintahan seperti “Killing In The Name”, “Bulls on Parade”, “Testify” dan lain-lain.

Lagu bertajuk “Killing In The Name” merupakan tentang anggota polis yang racist menjadi anggota pengganas berkulit putih sambil menentang orang Afrika, Yahudi, Muslim dan atheist. Lagu ini juga tentang pihak berkuasa yang racist terhadap kaum lain sambil menyalahgunakan kuasa mereka itu.

Lagu ini juga, ia mengenai kekejaman pihak berkuasa terhadap seorang lelaki yang berbeza kulit warna di mana tempat tinggalnya telah dimusnahkan oleh mereka. “Some of those that were forces are the same that bore crosses” membawa maksud masa yang lalu di mana pada waktu itu tempat itu sangat aman sebelum polis racist datang di situ. Pada lirik “Mass graves for the pump and the price is set…” merujuk kepada bagaimana kita mengorbankan askar kita dan menghantar mereka ke negara Iraq untuk mendapatkan minyak yang menjurus ke arah peperangan. Ini bermakna bagaimana orang Amerika Syarikat begitu tamak dan bertindak melulu untuk mendapatkan sesuatu. Lirik “I’m empty, please fill me..” juga membawa maksud yang tersirat iaitu anda menghabiskan minyak petrol tetapi anda mahukan lebih banyak.

Kita juga boleh lihat pada bahagian lirik yang berbunyi “I’m choking in the smoke that fills home…” merujuk kepada minyak diesel yang membakar trillion kereta dan menyebabkan pencemaran yang membawa maut.Melalui lirik “Who controls the past now controls the future. Who controls the present now?” Bahagian pada lirik itu juga adalah sama seperti apa yang ditulis oleh George Orwell dalam bukunya yang bertajuk 1984.

Dalam pada itu, lagu mereka yang bertajuk “Bulls On Parade” menyebutkan banyak tentang aspek kejahatan sistem Amerika Syarikat dan kuasa barat yang lain. Contohnya adalah mereka secara agresifnya menyerang orang-orang yang tidak bersalah dari negara Islam yang dilabel sebagai pengganas untuk tujuan ideologi atau politik tertentu. Pada lirik dalam lagu ini, “Terror rains drenchin, quenchin the thirst of the power dons is important” mentafsirkan bahawa sama ada kita melakukan keganasan atau musuh.

Terdapat beberapa orang berkuasa dalam dunia perniagaan yang betul-betul menjana wang dari perang itu dan mereka memerlukannya kerana sifat tamak haloba. Amerika Syarikat sering menyekat sekatan yang membawa bantuan kemanusiaan ke negara-negara lain. Sistem yang kejam ini juga mirip dengan lirik “weapons not food, not homes not shoes, just feed the war cannibal animal”.

Lagu lagu mereka amatlah berpolitik dan membawa kebenaran tentang apa yang berlaku di dunia dari segi pemerintahan, politik, perang dan keganasan.

Rage Against The Machine melahirkan rasa kasihan terhadap apa yang ditimpa oleh rakyat Palestin daripada kekejaman tentera Israel. Sekiranya kita tidak mula mengambil tindakan, pengakhiran yang buruk pasti akan berlaku. Bangkitlah Palestine!


Artikel oleh @ArifAzyy

(retrieved from Rabak-Lit’s Twitter, revised)