Korang sempat tak mengunakan alat pemain musik lagenda ini dulu?
Walkman ini pernah menjadi fenomena selama beberapa tahun dahulu sekitar 1980 – 2000 sebab menjadi satu-satunya alat musik paling mudah untuk dibawa ke merata-rata tempat sambil mendengarkan lagu kegemaran. Kenangan seperti rewind kaset mengunakan pansel, berkongsi earphones bersama rakan dan pergi ke kedai kaset untuk tengok-tengok kalau ada keluaran lagu terbaru sangat dekat di hati rakyat Malaysia dahulu.
Semuanya bermula dengan salah seorang founder kepada Sony iaitu Masaru Ibuka teringin nak dengar lagu dalam kapal terbang. Tahun 1978 itu masih tiada alat pendengar seperti earphones, headphone dan sebagainya, jadi Co-founder kepada Sony ini memberi arahan kepada department tape recorder untuk menciptakan sebuah pemain kaset yang berukuran seperti Sony Pressman(alat perakam bunyi) yang sudah keluar pada tahun sebelumnya.

Terlahirlah model pertama walkman iaitu TPS-L2 pada tahun 1979 apabila Masaru Ibuka dan Akio Morita(Co-founder Sony) bersetuju untuk membuat produk itu secara komersial namun mereka masih keliru berkenaan nama yang hendak diguna pakai kerana perkataan walkman itu sendiri masih belum wujud lagi pada waktu itu. Nama walkman diguna pakai untuk penjualan di Jepun namun di US ditukar kepada ‘Soundabout’ kerana US beranggapan bahawa perkataan tersebut tiada maksud atau maksudnya hanya difahami oleh orang Jepun. Di Sweden mereka mengunakan nama ‘Freestyle’ dan di UK mengunakan nama ‘Stowaway’.

Pada 1980 produk walkman telah mendapat perhatian dunia, jadi Akio Morita memutuskan untuk mengunakan nama walkman sebagai nama rasmi kerana banyak iklan yang telah dibuat mengunakan nama walkman.
Pemain kaset yang memerlukan dua bateri AA sebagai sumber tenaganya berjaya memasuki Oxford English Dictionary dengan nama Walkman pada tahun 1986 atas penggunaan ramai pihak. Antara 1987 sehingga 1997 telah menjadi waktu kemuncak bagi walkman untuk bersinar dan analisis yang dilakukan mendapati masyarakat pada waktu itu telah keluar untuk melakukan aktiviti senaman seperti berjogging meningkat sehingga 30% hanya semata-mata untuk mengunakan walkman.
Sony sempat mengaut keuntungan sepenuhnya di dalam industri walkman kerana pada ketika itu hanya mereka sahajalah yang mempunyai peralatan untuk menghasilkan produk tersebut sehinggalah akhirnya muncul walkman daripada jenama lain seperti AIWA yang sempat memberi saingan bersama-sama dengan Panasonic dan banyak lagi. Akhirnya pada tahun 2010 Sony telah mengumumkan untuk menamatkan pembuatan walkman setelah banyak alat pemain musik lain yang lebih mudah dan popular muncul di dalam industri yang dapat kita lihat
sehingga sekarang.

Baru-baru ini di Malaysia trend mengayakan pakaian lama, potongan rambut lama dan menggumpulkan barangan lama mula menjadi popular kembali kerana adanya beberapa individu dan kumpulan yang membawa kembali perkara nostalgia tersebut dan walkman tidak terlepas daripada rmenjadi kegilaan anak-anak muda sekarang dalam bergaya terutama apabila kembalinya event yang mengumpulkan para kolekter.
Penulisan artikel oleh @aidihkl
Penulisan artikel oleh @aidihkl