Mullet atau sebutanya “mollet” menjadi trend potongan rambut yang hidup kembali setelah lama hilang dari fashion masyarakat.
Antara faktor popularity potongan rambut yang secara detailsnya disebut “tepi potong 1, atas kemas dan belakang biarkan” adalah mungkin hasil ‘viral’ dari tiktok yang mana penggunanya semakin meningkat dari tahun 2021 sehingga 2022 ini. Mungkin ini antara kebaikan aplikasi tiktok apabila mampu menghidupkan semula perkara yang telah lama hilang. Mungkin juga kerana ramai yang mengidolakan pemain right back Barcelona dan bekas pemain Arsenal iaitu Héctor Bellerín.
Tahukah korang bahawa nama mullet ini adalah berasal dari orang yang mengayakan potongan rambut tersebut iaitu Henri Mollet dan beliau adalah seorang guru fashion di France sekitar awal tahun 70an.
Fashion mullet ini telah menjadi simbol kepada golongan kelas pekerja di amerika apabila banyak karakter mengayakan potongan mullet tersebut bersama-sama dengan misai nipis sambil mendengarkan lagu-lagu rock. Menjadi ikutan masyarakat di amerika sepanjang tahun 1960 apabila penyanyi dari United Kingdom iaitu David Bowie menjadikan potongan mullet sebagai salah satu karakteristik gimmick ‘Ziggy Stardust’. Ziggy Stardust adalah omnisexual alien yang turun ke bumi untuk menyampaikan mesej, jadi David Bowie perlulah kelihatan unik disamping mengayakan potongan mullet dia juga memakai pakaian ketat yang berwarna metalik dengan solekan serta rambut yang perang keemasan.
Namun menurut sumber lain, potongan rambut mullet ini dicipta dan dipopularkan oleh kumpulan hip-hop amerika iaitu Beastie Boys dengan mengayakan potongan rambut tersebut dan menjadikan sebagai tajuk bagi lagu mereka iaitu ‘Mullet Head’ yang telah release pada 1994. Lirik dari lagu tersebut sendiri mendeskripsi berkenaan fashion rambut itu “number one on the side and don’t touch the back, number six on the top and don’t cut it wack, Jack”.
Ada juga yang mengatakan karakter manga Wind Breaker bernama Jay Jo atau nama sebenarnya Jo Ja-Hyun adalah punca kenapa fashion mullet meningkat kembali. Ini kerana gambar Jay Jo banyak diguna pakai sebagai contoh potongan rambut yang mereka mahu apabila pergi ke kedai gunting rambut.
Pada tahun 2010 mullet sempat diharamkan di Iran kerana negara tersebut berpendapat ianya sebagai tidak islamik dan ‘decadent Western cuts’. Namun sehingga kini tidak dapat dipastikan ianya adalah agenda dari barat atau sekadar fashion.
Penulisan artikel oleh @aidihkal