Pada 13 November yang lepas di Pesta Buku & Secangkir Kopi kami sempat menonton persembahan dari Saiko-Rama yang dijemput untuk memeriahkan pesta tersebut lalu kami merasakan Saiko-Rama mempunyai suatu tarikan terutama dari segi energy mereka bersama crowd!

Perkara pertama yang sudah tentu menjadi tanda tanya adalah erti disebalik nama band mereka yang ala-ala Jepun tersebut. Mereka menerangkan maksud Saiko-Rama adalah Saiko membawa maksud minda dan Rama pula berasal dari perkataan Irama lalu membawa maksud Irama Minda! Band yang banyak mengunakan digital art sebagai cover setiap lagu mereka ini telah mengeluarkan album EP self title mereka pada 15 Oktober 2021 dan sudah boleh dengarkan di setiap platform penstriman yang ada.

Band yang berasal daripada Ipoh dan Penang ini dianggotai 5 orang ahli, mula tertubuh pada tahun 2019 atas dasar suka-suka kerana mereka berlima adalah rakan-rakan sekolah namun mula menjadi serius apabila mereka sudah merekodkan lima lagu EP mereka. Diangotai oleh Aiman Nemo (vocalist/guitar), Haziq (lead guitar), Pali (bass), Harith (drummer) dan Hamizan (keyboard).

Saiko-Rama adalah band yang membawa genre indie altenative jadi mudah bagi mereka untuk mencuri tumpuan daripada crowd mainstream dan underground dengan lagu-lagu catchy dan menarik mereka seperti “Kau Beutifool”, “Sekali Lagi” dan “Lihat! Cantikkan Bulan Itu?”. Kami sempat bertanya berkenaan band apakah yang menjadi influnce mereka dan mereka menyatakan nama-nama besar seperti Green Day, Radiohead, My Chemical Romance dan banyak lagi daripada pegangan indie altenative dan pop-punk.

Pada tahun hadapan iaitu 2023 Saiko-Rama ada menyatakan mereka akan release album terbaru dan sesi recording mereka juga telah bermula pada bulan November ini. Selain itu, mereka juga ada mengatakan akan lebih bermain di banyak gig pada tahun hadapan.
Penulisan artikel oleh @aidihkl