Categories
Subculture

Tiga Genre Muzik Pelik


Peminat-peminat tegar muzik, tahu tak apa Narcocorrido, Nintendocore dan Unblack Metal ni? Kalau nak tahu jom baca.

Ketiga-tiga ni merupakan sebuah genre muzik pelik yang ramai orang tak tahu kewujudan mereka.

1. Narcocorrido

Pertama sekali adalah Narcocorrido, atau dikenali sebagai drug ballad. Narcocorrido merupakan subgenre dari corido Mexico (naratif balada) yang mana juga genre lain yang telah berkembang. Muzik ini dihasilkan dari gabungan belah sempadan Mexico-Amerika Syarikat. Lagu-lagu mereka menggunakan asas irama dari tarian polka, waltz atau mazurka.

Jika didengari muzik ini, kita seakan mahu menari dan terhibur kerana ia seakan dengan genre reggae. Namun, apabila memahami liriknya, ia bakal mengejutkan pendengar malah mungkin akan terdiam seketika. Hal ini kerana lirik Narcocorrida berkaitan dengan peristiwa tertentu termasuklah tempat dan waktu sebenar. Ia juga cenderung kepada keganasan dan menyetujui aktiviti haram seperti pengedaran dadah.

2. Nintendocore

Seterusnya adalah Nintendocore. Muzik ini lebih pelik kerana ia muzik chiptune dan permainan video yang digabungkan dengan muzik modern seperti hardcore punk, heavy metal dan pelbagai genre rock lain.

Genre ini bermula pada awal tahun 2000 dan tercetus bands yang menjadikan Nintendocore sebagai genre utama kumpulan mereka. Antara bands tersebut adalah Horse the Band, An Albatross, The NESkimos dan Minibosses.

Dari sudut lain, ianya kelihatan agak kreatif, bagaimana muzik permainan video boleh berubah kepada rock namun sedikit seram. Lagu “Cutsman” daripada Horse the Band dan ada juga lagu dari permainan video Super Mario iaitu Super Mario Bros Castle (Death Metal Remix).

3. Unblack Metal

Akhir sekali adalah Unblack Metal atau Kristian Unblack Metal. Ia seperti genre Black Metal namun fokus dan mempromosikan kepada lirik bertema agama kristian.

Ada juga sesetengah artis Unblack Metal menulis lirik secara kasar menyerang Satanisme. Genre ini menentang Satanisme yang lazim terdapat dalam lagu-lagu black metal. Kumpulan pertama yang menggerakkan genre ini adalah kumpulan Horde pada tahun 1994 dengan album ‘Hellig Usvart’.


Pelik namun itulah realitinya. Ketiga-tiga genre ini masih ada sehingga kini malah ada yang pendengar yang menggemarkan genre-genre tersebut. Lirik lagu perlu diutamakan sebelum mendengar sesebuah lagu takut ada unsur pemujaan.


Artikel oleh @nbil.akl

(retrieved from Rabak-Lit’s Twitter, revised)