Adakah anda seorang peminat post-punk atau ini kali pertama anda mendengar tentang genre ini?
Ramai yang tidak tahu zaman genre ini mula melonjak naik dan menjadi suatu fenomena dalam dunia muzik. Oleh kerana itu, terdapat sebuah filem yang menceritakan tentang kelahiran muzik post-punk (1976-1992).
24 Hour Party People arahan Michael Winterbottom merupakan filem biopik drama komedi ditayangkan pada tahun 2002. Filem ini pernah masuk dalam Festival Filem Cannes pada tahun yang sama dan mendapat komen-komen positif daripada para penonton.
Antara fakta yang menarik adalah filem ini merupakan sebuah adaptasi kejadian sebenar. Bercakap tentang post-punk, peminat genre ini mesti mengenali bands seperti Joy Division, Happy Mondays serta The Sex Pistols. Namun, ramai tidak mengenali tulang belakang mahupun pengarang kebangkitan nama-nama bands ini iaitu Tony Wilson. Tony Wilson adalah punca kejayaan genre post-punk. Hanya disebabkan oleh satu konsert dibawa oleh kumpulan The Sex Pistols, Tony seakan terinspirasi untuk membuat band walaupun hanya 42 orang sahaja yang hadir. Ada dua atau tiga daripada mereka menari melompat-lompat.
Bermulalah kelahiran baru kumpulan serta penguat post-punk iaitu Joy Division. Persembahan mereka sangat unik kerana penyanyi Joy Division, Ian Curtis. Nama mereka sangat besar dan dikenali namun sehari sebelum tour ke Amerika Syarikat, Ian bunuh diri dengan menggantung diri. Titik permulaan kejatuhan usaha Tony. Namun, dia tidak mengalah dengan mencari penyanyi baru dan menukar nama kumpulan Joy Division kepada New Order. Kemudian lahir kumpulan baru yang diberi nama Happy Mondays.
Tidak lama kemudian, Tony juga membuka sebuah kelab malam, The Hacienda. Hal ini menyebabkan, budaya rave, DJ dan ekstasi (dadah) mengembang. Pada masa itu, post-punk kian merudum. Pelbagai cara Tony cuba mengangkat kembali namun segala usahanya gagal. Duit banyak dikeluarkan namun tiada hasil dari kumpulan-kumpulan tersebut.
Lebih teruk lagi apabila penyanyi kumpulan Happy Mondays menggunakan duit untuk membuat album dengan membeli dadah. Akhirnya, The Hacienda dijadikan tempat pengedaran dadah dan berlakunya keganasan. Post-punk kian dilupakan.
Filem ini berdurasi dua jam. Ianya lengkap dan padat dengan konflik, sejarah dan kekeluargaan. Walaupun cerita ini mengisahkan zaman jatuh naik post-punk, kredit perlu diberikan kepada Tony Wilson. Dia adalah punca sebenar jatuh bangun post-punk serta Joy Division, Happy Mondays dan New Order.
Artikel oleh @Nab_malIl
(retrieved from Rabak-Lit’s Twitter, revised)