

Meraikan Seni dan Pembaca Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 !
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kembali lagi dengan lebih bergaya setelah dua tahun kelemasan bersama Covid19 yang akan bermula pada 3 sehingga 12 Jun 2022 bertempat di Putra Trade Centre, Kuala Lumpur. Rabak-Lit kembali bersama rakan indie lain seperti Lejen Press, Toko Sue, Cukong Press, Buku KauKab, Syarikat Radikal dan Penerbitan Akal Budiman di booth 4072-4076, Tingkat 4 dari jam 10 Pagi sehingga 8 Malam.


Antara barisan penulis yang akan hadir adalah Nasir Jani, Namron, U-Wei Hj Saari, Hassan Mutalib, Suhaimi Baba, Mohd Jayzuan, Jack Malik, Hadri Shah, Malis, Syahirah Wasabi, Cahaya Jais, ‘Abdin Bidin, Aliff Awan, Petak Daud, Saufi Tahir, Maliqi Musa, Puteri Nur dan Hilan Bakri dan ramai lagi.
Kami akan berada di pentas utama Pesta Buku Antarabangsa untuk pelancaran dua buah buku baharu terbitan Rabak-Lit iaitu Pemberontak Filem 2 pada 8 Jun (Rabu) Jam 2 petang dengan kerjasama bersama syarikat SIAR dan pelancaran buku Kelab Rancu Puisi pada 12 Jun (Ahad) jam 2:30 Petang. Jangan lupa datang ke booth kami selepas pelancaran bagi sesi Meet&Greet dan tandatangan.


Mark your calendars! The show must go on! Walaupun banyak penundaan dan halangan, Rabak-Lit komited untuk memberi 100% kepada para pembaca yang datang ke booth kami sepanjang berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
Jangan lupa ikuti dan follow media sosial kami untuk sebarang info ser maklumat sepanjang berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kelak. Mari #Hadir sertai kami di PBAKL 2022 bagi bersama-sama memeriahkan pesta sekaligus memberikan sokongan kepada Rabak-Lit.
Jumpa anda semua di sana tingkat 4! #Hadir
https://www.instagram.com/rabaklit/?hl=en