Categories
Promotion

Meraikan Hari Kebangsaan Indie dengan Indienasional IV

Mari merayakan kepelbagaian variasi ‘genre’ dan musik di Hari Indienasional yang dibawakan khas oleh AtasAngin!

Indienasional bakal berlangsung pada 2 July 2022 dengan gabungan band tempatan yang berbeza gaya musik mereka namun disatukan di satu hari yang istimewa. Indienasional diadakan bagi meraikan kembalinya ‘gig’ tanpa jarak untuk menyatukan jiwa-jiwa yang telah lama tidak dihidangkan dengan alunan irama raggae, pop, ska, folk dan banyak lagi! Apa yang membuatkan Indienasional lebih menarik adalah ianya pesta 12 jam tanpa henti bermula dari jam 12 tengah hari sehingga 11 malam.

AtasAngin sebagai event organizer yang sudah lama terbentuk dan mempunyai banyak pengalaman dalam mengendalikan gig pastinya mengetahui apa yang kita mahukan. Indienasional diadakan kerana sudah terlalu banyak permintaan dari peminat musik indie lokal kita yang telah lama menantikan waktu untuk menyaksikan semula persembahan band serta berhibur bersama kawan-kawan mereka.

Kembalinya hari dimana kita boleh berpesta melompat bersama menjadi hari yang paling dinantikan buat para pecinta ‘gig’ diluar sana setelah 2 tahun kita disekat dan ditahan kebebasan kita untuk berjumpa. Diingatkan bagi semua yang hadir untuk menjaga kesihatan masing-masing bagi mengelakan penyakit ini terus tersebar sehingga menganggu acara kita yang akan datang.

“The anxiety of not knowing my next gig is keeps me hungry”.

Ben Schwartz

Barisan band yang dibawa oleh AtasAngin bukanlah kebiasaan barisan yang korang boleh jumpa atau lihat dimana-mana gig kerana kepelbagaian yang dibawakan bukan sahaja dari genre namun generasi mereka masing-masing yang berbeza seperti Couple, Ryöt Jones, Dewataraya, Skudap Skudip dan Kugiran Masdo yang sudah boleh digelar sebagai band legenda tanah air kita kerana sudah lama menghiburkan kita serta mempunyai legasi tersendiri. Kemunculan mereka sudah tentu akan memeriahkan suasana apabila memaksa kita untuk berjoget mendengar lagu mereka!

Digabungkan bersama band yang sedang membina nama dan bakal menjadi legenda pada setiap gig kita seperti Bonafides, Encem Bois, Motherwit, A.Limin, dan Ramayan. Inilah yang menjadi keistimewaan Indienasional pada tahun ini yang mungkin anda tidak akan dapat temukan di mana-mana acara lain. Terdapat band yang membawakan kesegaran kedalam industri musik kita dengan genre yang sukar ditemui di Malaysia seperti A.Limin yang membawa experimental folk, sesuai bagi korang yang nak merasai keunikan setiap aliran musik di Malaysia!

Selain dari itu, susunan waktu mereka seperti yang dapat dilihat di atas juga tidak seperti kebiasaan acara lain yang mengentengahkan semua band yang sudah mempunyai nama pada penghujung program kerana bagi mereka band tersebutlah yang menjadi tarikan acara. Namun AtasAngin membuat kelainan dengan tidak mengumpulkan semua band pada penghujung acara dan ini adalah usaha yang sangat bagus untuk menaikan wajah baru band indie daripada terus tidak dikenali oleh sesetengah orang.

Bagi yang tak cukup sampai tahap kepuasan melayan pelbagai rhythm dari band yang ada korang boleh stay dan enjoy bersama Afiq Azren pada jam 11 malam nanti dalam sesi selepas pesta. Afiq Azren antara yang sedang meningkat naik dalam underground scene kita sebagai seorang DJ, jadi pastinya bagi korang yang mahukan lebih lagi di Indienasional boleh stay sampai lewat malam. AtasAngin memilih BSYNC Production sebagai lokasi kejadian Indienasional dimana korang nak sing-along kuat-kuat pun tiada masalah!

Boleh dapatkan tiket anda di https://www.atasangin.com/ yang mempunyai beberapa pilihan tiket dimana untuk tiket biasa tanpa “membership” berharga RM 65 manakala untuk yang menjadi membership hanya berharga RM50.

Untuk ‘WAKA BUNDLE’ tiket pula RM80 bagi bukan membership dan RM65 sahaja bagi mereka yang menjadi membership. Apa yang istimewa tiket ‘WAKA BUNDLE’ ini adalah anda akan menerima sekali ‘LIMITED MERCHANDISE’ dari AtasAngin yang dibuat khas bagi acara Indienasional.

Jumpa anda disana!


Penulisan Artikel oleh @aidihkal