Categories
Musician

THE ROLLING STONES


If I could win ya, if I could sing ya
A love song so divine
Would it be enough for your cheating heart
If I broke down and cried?
(It’s Only Rock ‘n’ Roll, The Rolling Stones)

Hari ini sudah lebih kurang 59 tahun sejak kemunculan awal band rock lagenda ini, The Rolling Stones. Terbentuk pada 12 Julai 1962, band ini dianggotai oleh Mick Jagger, Keith Richards, Brian Jones, Bill Wyman dan Charlie Watts.

Pada awal kemunculan mereka, The Rolling Stones muncul dari satu kelab ke kelab lain di London. Ramai menganggap mereka pada waktu itu agak susah untuk berjaya dalam muzik Inggeris, namun realiti mengatakan sebaliknya.

The Rolling Stones: (clockwise from left) Bill Wyman, Brian Jones, Keith Richards, Charlie Watts, and Mick Jagger, 1964.
© Terry O’Neill—REX/Shutterstock.com

The Rolling Stones membuktikan mereka mampu berjaya pada tahun 1965 setelah berada di kedudukan kedua sebagai band yang paling disukai oleh remaja Britain. Lagu-lagu The Rolling Stones juga adalah bergenre lagu-lagu blues dan rock and roll pada era tahun 1950-an.

In ‘The Last Time,’ the band’s country, gospel and blues influences would be put on display. Paul Townsend/FlickrCC BY-NC-SA
Photo source: theconversation.com

Jagger dan Richards mula mencipta lagu mereka sendiri iaitu “I Can’t Get No Satisfaction” pada tahun 1965. Dengan lagu itu juga, lagu-lagu mereka yang lain menjadi hit seperti “Paint In Black”, “19th Nervous Breakdown”, “Get Off My Cloud”, “Have You Seen Your Mother” dan “Lady Jane”.

Jones juga diganti oleh Mick Taylor sebagai guitarist baharu sekaligus menjadikan mereka berjaya dalam muzik rock di dunia. Pada akhir tahun 1970 juga, Led Zeppelin telah masuk ke Stones untuk menjadi ahlinya yang baharu.

Malangnya, Jagger dan Richards berhadapan dengan konflik pada tahun 1972. Taylor yang tidak tahan dengan sikap ahlinya itu telah keluar dari Stones. Pada tahun 1975 juga, Woods telah masuk untuk menggantikan posisi Taylor. Pada masa yang sama, Stones semakin hendak bubar pada waktu itu akibat pertelingkahan antara Jagger dan Richards di depan umum. Mereka berdua kemudian telah mula berkarier solo tetapi tidak mendapat sambutan dan bergabung semula dengan Stones pada tahun 1989.

Sehingga kini, ahli-ahli The Rolling Stones yang bertahan adalah Jagger,Richards, Watts dan Woods. Setiap kali mereka melakukan konsert, penonton pasti akan ramai datang untuk tahu adakah mereka masih ‘berbisa’. Tahun 2016 juga merupakan tahun mereka merilis album studio bertajuk Blue And Lonesome yang memenangkan mereka di Grammy Awards.

Photo source: Wikipedia

Band ini membuktikan kepada kita semua jika anda ada keyakinan tinggi untuk membuat sesuatu, pasti akan tercapai tanpa mengira umur. Otai masih berbisa!


Artikel oleh @ArifAzyy