The Padangs
“The bands sound combines lots of genre ranging from metalcore emo even with a little bit of soul. Energetic guitar riffs to hardpounding double bass and sweet n dark vocals all mixed and mashed up with the sound of former experience in life combines us together to what we are today.” – The Padangs.
Local Band Highlight: The Padangs
The Padangs merupakan sebuah band metalcore yang berasal dari Kajang, Malaysia. Mereka telah bergiat aktif sejak tahun 2007. Di samping itu, mereka tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman, bererti mereka adalah band ‘indie’ Malaysia.
Terdapat enam orang ahli kumpulan The Padangs bermula dengan Johann ‘Jo’ Roslan (vocalist), Ridt Aznin (guitarist), Adry (guitarist), Oli (bassist), Syaiful ‘Epul’ Taufek (keyboardist, synthesizers) dan Syakir Muhamad (drummer). Terdapat juga seorang lagi ahli yang telah meninggalkan kumpulan ini iaitu Ax Green sebagai bassist dan kini telah diganti dengan Oli.
Album sulung The Padangs berjudul Waste No Time, telah diterbitkan pada tahun 2012. Album tersebut mempunyai 11 buah lagu di dalamnya. Antaranya ialah “What’s Wrong with You”, “No Mercy” termasuklah lagu terkenal mereka “Party Till You’re Dead”. Pada ketika ini, Ax Green masih lagi sebahagian dari ahli mereka.
Pada tahun 2012, Jo Padangs telah menyumbang suara untuk lagu “Mana Mungkin” oleh band Hujan sebagai OST filem arahan Namewee, “Hantu Gangster”.
Selang setahun kemudian, The Padangs memuat naik muzik video untuk lagu baru mereka di YouTube yang bertajuk “Rise”. Mereka kembali pada tahun 2016 dengan melancarkan single terbaru bertajuk ‘Father’.
Pelbagai aktiviti telah mereka turut serta seperti Rockaway Festival 2012 yang dianjurkan oleh Livescape Asia, Pesta Gegey Fest 2013, KL BIG PARTY di rumah Puspanita KL 2018 dan banyak lagi. Mereka juga pernah membuat persembahan di Rock The World Festival semenjak tahun 2011.
Nama The Padangs kurang didengari pada hari ini. Kali terakhir mereka update di Twitter adalah pada 15 Mac 2019 lalu iaitu semasa Jerayawara 2019. Namun tiada lagi sebarang kata-kata mengatakan bahawa mereka telah berpecah. Semoga The Padangs bakal kembali dengan album baru dan menggegarkan pentas buat para peminat mereka di luar sana.