Categories
Musician

THE DOORS


Dengan bunyi muzik yang mengasyikkan, band bergenre rock dan kehadiran penyanyi Jim Morrison serta gaya nyanyian yang memukau memberi impak yang baik dalam populariti band The Doors.

Terbentuk di Los Angeles pada tahun 1965 dengan Jim Morrison (vocalist), Ray Manzarek (pianist, keyboardist), Robby Krieger (guitarist) dan John Densmore (drummer), The Doors adalah antara band rock yang paling kontroversial dan berpengaruh pada tahun 1960-an.

50 tahun selepas album pertama mereka dikeluarkan, muzik dan legasi The Doors lebih berpengaruh dari sebelumnya. Album pertama, The Doors dirilis pada Januari 1967 menampilkan lagu-lagu seperti “Break On Through (To The Other Side)”, “Light My Fire” serta karya besar mereka iaitu “The End”.

The Doors mampu menggegarkan carta pop dengan satu cakera yang mengejutkan. Sebelum tahun 1967 berakhir, band ini telah menerbitkan lagu “Strange Days”, “Love Me Two Times”, “People Are Strange” dan “When The Music’s Over” untuk album Strange Days.

Single pertama dari album The Doors.
Single kedua dari album Strange Days.

Pada tahun 1968 pula, album mereka yang berjudul Waiting For The Sun dengan lagu “Hello, I Love You”, “Love Street” dan “Five To One”. Beberapa tahun selepas itu, mereka menambahkan lagi album dan menaikkan kualitinya seperti The Soft Parade pada tahun 1969 dengan menampilkan lagu “Touch Me”.

Album studio mereka yang kelima berjudul Morrison Hotel diriliskan pada tahun 1970 dengan lagu “Roadhouse Blues”, “Peace Frog” dan “Queen Of The Highway”. Band ini sudah pun merilis enam album studio serta album secara langsung dan kompilasi sebelum kematian Morrison pada tahun 1971.

Pencapaian hebat mereka di studio dan di atas pentas tidak dapat ditandingi dalam sejarah. Walaupun kematian Morrison dianggap berakhirnya era The Doors, namun Manzarek, Krieger dan Densmore berkolaborasi dalam dua lagi album The Doors yang asli, Other Voices dan Full Circle.

K & K ULF KRUGER OHG/GETTY IMAGES
Photo source: The Rolling Stones

Tidak lupa juga, satu set lagu mereka yang dibuat untuk mengiringi rakaman puisi Morrison pada tahun 1969 yang dikeluarkan pada tahun 1978. Mereka juga mengusahakan projek muzik, buku, produksi teater dan perusahaan lain yang tetap kreatif sehingga hari ini.

Dalam beberapa dekad sejak zaman kegemilangan The Doors, mereka berempat telah menjadi semakin besar di dunia rock dan tetap menjadi sentuhan budaya pemberontakan untuk penulis. Lagu-lagu band ini telah dipaparkan dalam banyak filem dan rancangan televisyen.

Tidak kira bagaimana arus muzik dan budaya berubah, The Doors akan sentiasa bersedia untuk menyemarakkan semangat pendengar baru kepada muzik mereka ini. The Doors juga telah dicalonkan dalam Rock & Rock Hall Of Fame pada tahun 1993.


Artikel oleh @ArifAzyy

(retrieved from Rabak-Lit’s Twitter, revised)