Categories
Movie

Drumline (2002)

Drummer jalanan dipaksa berlatih seperti latihan tentera.


Drummer jalanan dipaksa berlatih seperti latihan tentera.

Drumline merupakan sebuah filem Amerika yang menceritakan tentang seorang drummer jalanan yang bernama Devon, bergabung dengan kelompok drum band atau marching band di sekolah.

Seorang pengarah band mahu menyerap masuk Devon kepada kumpulan drum untuk menguatkan pasukan yang dahulu tewas dengan kedudukan naib juara dalam Pertandingan Nasional. Devon memiliki kepakaran menangkap nada drum dengan pantas dan mempunyai memori fotografi.

Devon mempunyai perasaan tidak puas hati dengan Sean, ketua seksyen yang memberi latihan seperti latihan tentera. Devon juga merasakan beliau layak untuk menduduki skuad utama dalam band itu tetapi Sean masih berkeras dan mereka sering meneruskan perbalahan.

Sampai suatu masa, Devon mencabar Sean untuk lawan secara one-on-one bermain drum. Devon berjaya membuktikan sangkaan Sean selama ini salah dan mereka berbaik dan dapat bekerjasama. Walaupun Devon tidak boleh membaca musik, beliau menggunakan kepakaran, memori dan bakat yang ada.

Devon sering membuat riffs atau mainkan kombinasi bunyi drum yang beliau ingat selama ini. Pertandingan Nasional telah pun tiba, kumpulan demi kumpulan berentap untuk merebut kemenangan bertakhta. Sehinggalah di peringkat akhir dengan sekali lagi kumpulan Devon akan berlawan secara bersemuka dengan juara bertahan sebelum ini.

Watak Devon Miles dimainkan oleh Nick Cannon. Filem ini diinspirasikan oleh Southwest Dekalb High School Drumline. Filem tahun 2002 ini juga diarahkan oleh Charles Stone III.

Drumline mendapat feedback yang positif dengan energi yang diberikan oleh para pelakon dengan memainkan muzikal dalam filem dengan padu.


(retrieved from Rabak-Lit’s Twitter, revised)