Sempat kuberpikir masih bermimpi Bertahun berlanjut tanpa henti Kulitmu yang memudar saksinya Tetap rasaku tak pernah hilang.

Penyanyi muda berumur 21 tahun ini memulakan kariernya dengan menyanyikan lagu-lagu cover yang kemudian menjadi viral di lama Instagram. Nyanyian Nadin yang merdu dalam menyanyikan lagu-lagu itu telah berjaya menarik perhatian seorang DJ terkemuka, Dipha Barus.
Dipha Barus amatlah tertarik dengan nyanyian Nadin sehinggakan dia mengajak Nadin untuk berkolaborasi untuk menyanyikan sebuah lagu berjudul “All Good”. Lagu kolaborasi mereka berdua itu berjaya membawa Nadin memenangi satu anugerah dan saat itu lah dia dapat mengeratkan hubungan dengan artis-artis terkemuka di dunia muzik.
Tidak lama selepas kemenangan anugerah pertamanya, Nadin dapat menyiapkan sebuah lagu single yang menjadi hit iaitu “Rumpang”. Rumpang yang bermaksud ‘cuti’, lagu pertama yang Nadin pernah tulis liriknya.
Lirik lagu itu membincangkan mengenai pengalaman cintanya sewaktu dia berumur 16 tahun. Bunyi piano yang sangat syahdu, gitar akustik yang perlahan dan cantik mencerminkan keindahan muziknya itu. Lagu Rumpang juga sudah didengar sebanyak 21 juta kali di Spotify semenjak diriliskan pada tahun 2018 sehingga dapat membawa Nadin untuk memenangi sebuah anugerah di 2019 Indonesian Music Awards.
Di dalam album Selamat Ulang Tahun juga terdapat sebuah lagu berjudul “Kanyaah” yang bermaksud ‘cinta’. Lagu itu didedikasikan khas untuk ibu Nadin yang prihatin tentangnya saat Nadin telah putus cinta sewaktu umurnya 18. Ibu Nadin pada waktu itu sanggup menaikkan semangat Nadin untuk bangun semula setelah dia menamatkan perhubungan cintanya itu.
Album itu juga tidak hanya menceritakan tentang keluarga dan kawan Nadin, tetapi menceritakan saat Nadin menjadi dewasa, mengatasi rasa takut dan risau, mengerti dengan cara dunia sekarang dan perjalanan hidupnya yang sudah dewasa.
Nadin berkata bahawa muzik adalah sebuah alat untuk Nadin salurkan mesej kepada peminatnya. Berkat usahanya itu, Nadin sudah menjadi seorang penyanyi yang berjaya dan mempunyai matlamat dalam hidupnya sendiri.
Artikel oleh: @ArifAzyy
(retrieved from Rabak-Lit’s Twitter, revised)