Categories
Album

Thank You Freddie

Made in Heaven: Album Terakhir Nyanyian Freddie Mercury

.


Sesiapa yang kenal dengan kumpulan rock ternama iaitu Queen pastinya tahu tentang album terakhir kumpulan ini kan? Tapi pasti ramai yang tak tahu kisah disebalik keberhasilan album ini. kalau nak tahu, teruskan membaca.


Made In Heaven merupakan album ke 15 dari band muzik ini dan telah diterbitkan pada 6 November 1995, empat tahun selepas kematian Freddie Mercury.

Setelah Queen selesai dengan rakaman album Innuendo pada tahun 1991, Freddie sempat merakam tiga buah lagu iaitu “A Winter’s Tale”, “You Don’t Fool Me” dan “Mother Love”. Setelah kematian Freddie, drummer Roger Taylor dan guitarist Brian May berkerjasama dalam pembikinan album ini dengan lagu-lagu yang sempat dirakam oleh Freddie sebelum dia meninggal dunia.

Setelah album ini berjaya diterbitkan, ianya telah menjadi album terlaris pada saat itu. Made In Heaven telah terjual dengan jumlah 20 juta salinan di seluruh dunia.

Pada tahun 2013, Brian memberitahu bahawa album ini merupakan album terbaik kumpulan mereka kerana ianya indah. Di sebalik kejayaan album ini, terdapat kisah yang sangat memberi kesan kepada para peminatnya.

Sebuah lagu dalam album ini yang bertajuk “Mother Love” ini merupakan rakaman lagu terakhir Freddie Mercury. Lirik lagu ini ditulis oleh Brian dan turut dibantu oleh Freddie sendiri.

Melalui lirik yang ditulis oleh Freddie:

“I’m a man of the world and they say I am strong, but my heart is heavy and my hope is gone.”

Jelas kelihatan bahawa Freddie mengakui perasaan sakit yang dialaminya pada masa itu dalam melawan penyakit AIDS nya.

Melalui sebuah rancangan dokumentari Days of our Lives, Brian menjelaskan bahawa Freddie memintanya supaya berikannya kata-kata, dia akan menyanyikannya.

Kemudian, Brian terus menulis lirik lagu “Mother Love” dan serahkan kepada Freddie.

Dalam keadaannya yang tidak begitu berdaya, dia menyanyi dan terus menyanyi sehingga mereka sempat merakam tiga kali rakaman. Setelah selesai dengan rangkap kedua, dia memberitahu Brian bahawa dia berasa kurang sihat dan akan pulang ke rumahnya.

Freddie memberitahu Brian bahawa dia akan menyiapkan rakaman lagu “Mother Love” keesokan harinya. Namun kata Brian, Freddie tidak datang. Ternyata semalam merupakan hari terakhir dia melihat Freddie berada di dalam studio. Menurut Roger yang sangat mengagumi lagu ini pula, dia mendengar suara Freddie menyanyikan lagu “Mother Love” semakin lemah. Namun, dia masih mampu mencapai kesemua notes dalam lagu ini. Lagu dengan maksud yang penuh tersirat ini sememangnya berjaya dibawa oleh Freddie.

Lagu “Mother Love” ini jelas menceritakan tentang kitaran hidup seseorang yang mana akan berakhir dengan kematian. Seseorang yang sedang mengingati peristiwa silam yang dirinduinya sementara menunggu detik kematiannya. Ia seakan-akan kena dengan keadaan Freddie pada ketika itu.

Freddie terakhir kali muncul di kamera pada video klip “These Are the Days of Our Lives” yang mana dia kelihatan kurus. Namun, matanya masih bersinar seolah-olah masih bertenaga untuk menggegarkan dunia. Senyuman lebar serta kerlingan nakal masih diberikan kepada penonton.

Pada akhir bahagian video ini, Freddie berbisik “I still love you” sambil tersenyum. Sebenarnya, itu merupakan senyuman perpisahan dari Freddie kepada peminat-peminatnya. Walaupun Freddie hidup dalam kesunyian selama ini, nama Queen dan Freddie Mercury tetap akan tersemat di hati peminat-peminatnya.

Rehatlah dengan tenang Freddie, we still love you!