Hala tuju baharu untuk seorang pemain drum heavy metal yang kehilangan pendengarannya dalam filem Sound of Metal.

Diarahkan dan dituliskan oleh Darius Marder, Sound of Metal dilakonkan oleh watak utama bernama Riz Ahmed sebagai Ruben Stone. Dijayakan juga oleh beberapa pelakon sampingan iaitu Olivia Cooke, Paul Raci, Lauren Ridloff dan Mathieu Amalric.
Sound of Metal mula ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa di Toronto pada tahun 2019. Setelah itu, filem ini ditayangkan di Amazon Prime pada tahun 2020.
Dalam filem ini, kita boleh lihat Ruben berusaha untuk menyesuaikan diri dengan cara hidup yang baru sambil dibantu oleh kekasihnya yang bernama Lou. Menjadi pemain drum metal adalah sebahagian daripada hidup Ruben yang mempunyai masalah pendengaran. Dengan kerjayanya itu, dia telah berjaya berhenti daripada ketagihan dadah 4 tahun lalu sambil didukung oleh kekasihnya, Lou. Ruben yakin bahawa kerjayanya itu akan berakhir setelah doktornya menunjukkan keputusan tahap pendengarannya sudah semakin merosot.
Dalam pada itu, Ruben dan Lou tinggal di dalam sebuah RV dan mereka menggunakan van itu untuk mengelilingi seluruh Amerika Syarikat untuk membuat pertunjukan. Walaupun ada saranan doktor pakar telinga untuk menghilangkan bunyi yang kuat, Ruben terus membuat persembahan dan percaya masalahnya dapat diselesaikan dengan implan koklea.
Elemen yang paling penting dalam filem ini ialah pergerakan bunyi statik dari pendengaran Ruben kepada mereka yang bercakap dengannya. Apabila ada suara kedengaran darinya, ia menunjukkan betapa teruknya pendengaran Ruben dan ketidakmampuan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Disebabkan Ruben bekas penagih dadah yang semakin pulih, kekasihnya semakin prihatin terhadap kesihatan mentalnya ketika Ruben diperiksa ke tempat perlindungan orang pekak untuk memulihkan ketagihannya.
Di sana, Ruben bertemu Joe yang juga kehilangan pendengarannya akibat ledakan bom dalam perang Vietnam. Filem ini juga memperlihatkan masalah yang dihadapi oleh Ruben pada setiap hari dan pada masa yang sama, dia menjayakan minatnya dalam bidang muzik.
Agak menyedihkan menonton Ruben yang berdepan dengan masalah dalamannya dan kesunyian yang dihadapi olehnya sepanjang dalam filem ini. Setelah Ruben dapat menerima kenyataan tentang dirinya dan berjaya menyesuaikan diri dalam masyarakat, dia mendapat idea yang menarik dalam bermain alat muzik yang lain iaitu getaran bass. Ruben semakin ketagih dengan muzik pula dan keinginannya untuk mendengarnya dengan lebih jelas, Ruben akhirnya bersetuju untuk menjalani pembedahan implan koklea. Walaubagaimanapun, Ruben masih sukar untuk mendengar sepenuhnya meskipun dia sudah menjalankan pembedahan implan koklea itu.
Filem Sound of Metal ini telah dicalonkan untuk “Best Film Editing”, “Best Picture”, “Best Sound” dan “Best Original Screenplay Writing” di anugerah Oscar.
Pelakon Paul Raci, telah dinominasikan sebagai “Best Supporting Actor” dalam wataknya di dalam filem sebagai Joe. Filem ini sangat mengharukan dan agak menyedihkan kerana perjalanan seseorang yang tidak berdaya untuk meneruskan bidang muziknya akibat mengalami masalah pendengaran.
Dengan kata lain, The Sound of Metal ini bermaksud usaha seorang individu untuk menerima realiti baharunya sambil meninggalkan kisah pahit dan manis yang dialaminya sebagai bekas pemain drum heavy metal. Usaha tangga kejayaan!
Artikel oleh @ArifAzyy
(retrieved from Rabak-Lit’s Twitter, revised)