Dua insan yang mempunyai masalah emosi membantu antara satu sama lain dengan musik. Perkara apakah yang lebih indah dari itu?

Filem Begin Again ditulis dan disutradarai oleh John Carney. Filem ini ditayangkan secara perdana pada September 2013 di Toronto International Film Festival dan diterbitkan di panggung pada 27 Jun 2014.
Carney mula menulis skrip Begin Again pada tahun 2010 dan mengambil Gregg Alexander menjadi komposer kebanyakan lagu-lagu untuk filem itu. Ramai nama bintang terkenal yang terlibat dalam filem ini seperti Mark Ruffalo yang memegang watak sebagai Dan Mulligan, Keira Knightley sebagai Gretta James, Adam Levine (Dave), James Corden (Steve), Ceelo Green (Trouble Gum).
Dua watak utama iaitu Dan Mulligan, seorang bekas eksekutif rekod label dan Gretta mula menangkap mata buat pertama kali di bar ketika Gretta membuat persembahan nyanyian yang memukaukan Dan sehingga beliau mahu cuba menandatangani Gretta ke label yang dia baru saja dipecat. Tetapi gagal. Gretta dan Mulligan mahu menerbitkan album bersama dengan merakam secara live di sekitar New York seperti rakaman di bumbung dengan menggunakan bunyi semula jadi macam bunyi siren, tong sampah mahupun hon kereta.
Gretta dapat tahu diri dikhianati oleh bekas teman lelakinya Dave, kerana mengguna dan mengkomersilkan lagu yang ditulis dan dicipta oleh Gretta khas kepada Dave seorang sebagai hadiah Krismas berjudul “Lost Stars”. Dave mengatakan bahawa muzik sepatutnya dikongsi untuk semua orang. Dave juga kata penonton mencintai lagu itu dengan membawakan cara Dave tersendiri. Dave menjemput Gretta untuk menyaksikannya membawa lagu itu dan lihat impaknya bersama peminat-peminat Dave.
Ternyata benar apa yang dikatakan oleh Dave setelah Gretta menghadiri ke majlis persembahannya. Setelah album kolaborasi Dan bersama Gretta sudah pun siap, rekod label yang dahulu menolaknya kagum dengan album itu. Akhirnya, Gretta mengubah fikiran dengan membuat keputusan untuk mengedarkan albumnya secara online dengan harga hnaya 1 dollar.
Soundtrack Begin Again diterbitkan pada 1 Julai 2014 dengan 16 lagu di dalamnya seperti “No One Else Like You”, “Like A Fool”, “A Higher Place”. Lagu “Lost Stars” telah dicalonkan dalam beberapa buah anugerah seperti “Academy Award For Best Original Song”. Filem Begin Again berjaya mengutip kutipan yang tinggi iaitu 63 juta USD walaupun dengan hanya berbekalkan bajet 8 juta USD.
Ternyata filem bergenre muzikal, komedi, drama masih mantap dan diterima dalam masyarakat. Sememangnya muzik dan filem merupakan seni yang bernilai.
(retrieved from Rabak-Lit’s Twitter, revised)