Misteri rahsia keluarga sendiri terbongkar dengan filem tunggal Netflix “Forgotten”.

Forgotten (2017) merupakan sebuah filem psychological thriller diarah serta ditulis oleh Jang Hang-jun. Tempoh penggambaran bermula dan tamat pada tahun yang sama.
Apa yang menarik tentang filem ini ialah plot-twist yang berlaku pada pertengahan cerita yang akan mengejutkan dan membuatkan penonton tidak bangun dari tempat duduk.
Jang Hang-jun menerangkan bahawa beliau mendapat inspirasi tentang Forgotten apabila sepupu kepada rakan meninggalkan rumah beliau dan pulang ke rumah semula setelah sebulan. Setelah kepulangan sepupu itu, beliau merasakan seperti berjumpa dengan orang tak dikenali.
Filem Forgotten yang bergenre thriller/misteri dibintangi oleh Kang Ha-neul yang memegang watak sebagai Jin Seok dan pelakon Kim Mu-yeol sebagai abang bernama Yoo Seuk. Dalam kisah ini, mereka berdua pindah ke rumah baru bersama ibu (Na Young-hee) dan bapa (Moon Sung-keun).
Terdapat pelbagai kejadian aneh yang berlaku hanya kepada Jin Seok seperti bunyi aneh dalam rumahnya, Yoo Seuk yang bijak berkelakuan pelik kerana sering keluar dari rumah tengah malam, detektif yang berjumpa dengan Jin Seok sekeluarga dan teknologi gajet yang digunakan polis berdekatan. (Spoiler alert) Gajet yang dipakai oleh polis berdekatan rumahnya merupakan smartphone dan tablet dipakai oleh masa kini sedangkan Jin Seok dari sangkaan beliau berada pada tahun 1997.
Sehinggalah Jin Seok melihat dirinya yang sebelum ini berwajah 21 tahun kini sudah kelihatan tua seperti umur 41. Pada kalendar, beliau kini berada pada tahun 2017. Kemudian, beliau akhirnya sedar bahawa misteri di rumah dan juga keluarganya sendiri merupakan rahsia dan muslihat yang dibuat semata-mata untuk mengembalikan memori Jin Seok kepada peristiwa pembunuhan yang berlaku 20 tahun yang lalu serta meleraikan misteri pembunuh sebenar.
Apa yang menarik dan unik tentang Forgotten adalah apabila dapat tahu Jin Seok dihelah dengan menggunakan hipnotis yang menyangkakan Jin Seok dengan sejarah hidupnya, keluarga, rumah yang baru pindah dan kehidupannya itu benar belaka.
Filem berdurasi 109 minit ini sememangnya layak mendapat kutipan box office sebanyak 9.9 Juta USD. Forgotten juga telah ditayangkan pada 190 buah Negara. Forgotten ini pasti menjadi filem yang tidak boleh di-forget oleh penonton dengan cerita yang mind blowing dan tidak mengecewakan.
(retrieved from Rabak-Lit’s Twitter, revised)