Rabak-Lit bakal melancarkan cawangan terbaharu mereka di Melaka.
SELOKAL merupakan sebuah hub kreatif atau ruang acara yang diwujudkan untuk para peniaga tempatan bercirikan seni kreatif mendirikan stor mereka di dalamnya.
SELOKAL-Unboxing bakal diadakan di Tingkat 1, The Shore Shopping Gallery bagi pelancaran SELOKAL bersama syarikat penerbitan Rabak-Lit yang akan bertapak sebagai cawangan kedua mereka di sana. Sehubungan dengan acara pelancaran ini akan berlangsung beberapa slot sesi berbentuk bual bicara, bengkel filem, persembahan muzik, sesi meet-and-greet serta tayangan dua buah filem indie tempatan.
LOKASI: Tingkat 1, SELOKAL The Shore Shopping Gallery, Melaka.
TARIKH: 29 Julai – 31 Julai 2022

Jumaat, 29 Julai 2022
- Sesi “Seniman Melawan” bersama Nam Ron dan Pak Nasir Jani (9.00 malam – 10.00 malam).
- Tayangan sebuah filem indie Nam Ron (tajuk dirahsiakan) (10.00 malam – 12.00 malam).




Sabtu, 30 Julai 2022
- Bengkel Filem Untuk Melawan oleh Nam Ron (10.00 pagi – 6.00 petang).
(Lokasi: Selokal-X) - Sesi “Puisi dan lirik lagu”, bersama Fazleena Hishamuddin & Mohd Jayzuan (2.00 petang – 3.00 petang).
- Persembahan akustik oleh Sangkeriau Buskers (3.00 petang – 4.00 petang).
- Sesi “SIAR-LAH Filem Lokal”, bersama Ali Agung dan Pak Nasir Jani (4.00 petang – 5.00 petang).
- Sesi “George Orwell dibenci oleh Ahli Politik” bersama ZF Zamir, Kiridaren Jayakumar dan Aida Harun (5.00 petang – 6.00 petang).
- Tayangan sebuah filem (tajuk dirahsiakan.) (8.30 malam – 12.00 malam).



Ahad, 31 Julai 2022
- Sesi “Meet & Greet Abang & Adik dari band Sekumpulan Orang Gila (SOG)”, diikuti persembahan dari mereka (2.00 petang – 3.30 petang).
- Sesi “We are The Skin”, bersama Ajo, Azmi & MN Iman Ramli (3.30 petang – 4.30 petang).
- Sesi “Sampahlah Content Kau!”, bersama Josiah Hogan & Hyrul Anuar (5.00 petang – 6.00 petang).
Untuk mengetahui lebih banyak maklumat berkaitan dengan event SELOKAL ini, anda boleh ikuti akaun media sosial Rabak-Lit di Facebook, Instagram dan Twitter.
Jemput hadir bagi memeriahkan lagi acara-acara ini dan memberi sokongan kepada SELOKAL, Rabak-Lit dan tetamu-tetamu undangan kami.
Jumpa anda di sana!
https://www.facebook.com/rabaklit/