Categories
Musician

SAL PRIADI

Rakam lagu menggunakan bahan rakaman yang simple di bilik tidur.

Rakam lagu menggunakan bahan rakaman yang simple di bilik tidur.

Salmantyo Ashrizky Priadi atau lebih dikenali sebagai Sal Priadi memutuskan untuk beranikan diri dengan memuat naik cover lagu dan lagunya di SoundCloud dengan bantuan rakan muziknya. Permintaan lagu-lagu Sal di platform muzik SoundCloud oleh para peminat tidak pernah putus.

Penyanyi dan penulis lagu berpuitis ini dilahirkan di Malang, Jawa Timur, Indonesia. Selepas beberapa tahun memuat naik lagu di SoundCloud yang dirakam di bilik tidurnya, Sal Priadi menerbitkan single pertamanya bertajuk “Kultusan” dibawah naungan GZZ Records pada tahun 2017. Selepas itu, Sal mengeluarkan 2 lagi lagu pada tahun 2018 iaitu “Ikat Aku Di Tulang Belikatmu” dan “Melebur Semesta”.

Photo Source: Facebook

Lagu “Ikat Aku Di Belakang Tulang Belikatmu” membawa Sal untuk dicalonkan dalam kategori “Artis Solo Pria Pop Terbaik” pada Anugerah Musik Indonesia 2018. Meskipun tidak menang dalam percalonannya, Sal meneruskan kerjaya sebagai pemuzik dengan mengeluarkan 2 buah lagu yang berjudul “Jangan Bertengkar Lagi Ya? OK? Ok!” dan “Amin Paling Serius” yang menampilkan Nadin Amizah. Sal menulis lagu “Amin Paling Serius” kerana beliau mengharapkan supaya setiap manusia mementingkan doa kepada Tuhan dengan lebih khusyuk dalam kehidupan seharian.

Setiap karya-karya Sal yang diperkenalkan sebelum ini akhirnya telah dirangkulkan dalam sebuah album yang dikeluarkan dengan tarikh yang cantik iaitu pada 20 Februari 2020. Album perdana bergenre pop ini bertajuk Berhati mempunyai 11 lagu di dalamnya.

Berhati sememangnya mempunyai lagu-lagu yang cukup berkualiti. Ia menceritakan tentang pengalaman peribadi, kisah orang sekeliling, cerita zaman silamnya yang mendalam dan sehingga keanganannya seperti lagu “Nyala” dan “Di Timur”.

Artis kelahiran 1992 ini juga terlibat dalam bidang lakonan dengan memegang watak sebagai Tokek dalam sebuah filem berjudul “Seperti Dendam, Rindu Harus Dibayar Tuntas”.

Media Purwodadi/twiter @PalariFilms/
Photo source: priangantimurnews.pikiran-rakyat.com

Beliau juga terlibat dalam teater musikal dengan memegang watak Hed yang berjudul “Anugerah Terindah”. Melihat tubuhnya yang tinggi di panggung serta senandungnya yang merdu di atas pentas membuatkan sesiapa sahaja tercengang melihat persembahannya.

Maju Sal!


(retrieved from Rabak-Lit’s Twitter, revised)