Sudah pastinya anda pernah mendengar nama band Oh! Chentaku.
Siapa sangka 3 orang pemuda kelahiran Malaysia bermain muzik hanya sebagai hobi suka-suka sampai boleh membuat persembahan di atas pentas luar negara seperti di Dublin-London Tour. Mereka membawa muzik genre pop punk, emo dan mengembangkan muzik mereka dengan genre progressive rock dan unsur yang dieksperimenkan. 3 pemuda itu ialah Myo (lead vocals, rhythm) juga dikenali sebagai hos realiti TV “Ke Korea ke Kita”, Amber (guitarist) dan Naem (bassist).
Ditubuhkan pada tahun 2007, Oh! Chentaku (OCK) kini mempunyai 3 buah album iaitu Heartbreak Ridge Was Never This Arrogant (2007), Suitcase, a Scarf and the Departure (2009) dan Younghearts (2014).
Album mereka dirilis pada digital dengan ini pendengar mereka yang kebanyakanya golongan muda lebih senang untuk disebarkan dan juga peminat mereka yang ramai di luar negara. Album Oh! Chentaku juga mempunyai penulisan lirik yang berdwi-bahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris). Single pertama berbahasa Melayu mereka berjudul “Jupiter”.
OCK pernah berkolaborasi dengan artis terkenal seperti Yuna dan Altimet. Lagu di dalam album mereka berjudul “Semangat Satria” juga pernah menjadi OST pada rancangan animasi “SATRIA”.
OCK menambahkan bilangan ahli iaitu Jimmy (drums) pada tahun 2011. OCK pernah dinobatkan juara “Battle of the Indie Bands GIG” sebuah rancangan Malaysia di TV9. Mereka menyerap masuk dua lagi anggota iaitu Jack (lead guitarist) dan Wawa (keyboard) untuk mengukuhkan persembahan pada 2013.
Mereka sering melakukan persembahan di festival dan konsert di Malaysia, Indonesia dan Singapura. OCK juga membuat tour seperti untuk album ketiga mereka. Sempena ulangtahun Oh Chentaku yang ke-10 dalam industri muzik, mereka telah mengeluarkan single “Anugerah Of The Year” yang berbahasa Inggeris. Di Spotify, Oh Chentaku mencatat pendengar dari 58 negara pada 2020. Walaupun masa kini OCK kehilangan Amber dan Jimmy, mereka masih lagi berjuang dalam industri dan lagu-lagu mereka sering didengari oleh pelbagai negara.
(retrieved from Rabak-Lit’s Twitter)