Categories
Local Acts

PITAHATI

Pitahati


Local Band Highlight: Pitahati

Di luar negara ada kumpulan Pink Floyd dan Radiohead manakala di Malaysia kita ada Pitahati sebagai kategori genre progressive yang sama.

Pitahati telah ditubuhkan pada awal tahun 2011 dan berasal dari Lembah Klang, Malaysia. Rentak pertama mereka bermula melalui dari EP “Bintang Biru Kristal Salju” (2011) yang mana mula dikenali sebagai penggiat seni tempatan. Pada tahun yang sama, Pitahati berjaya memasuki pencalonan Muzik-Muzik dengan lagu tunggal mereka “Bintang Biru Kristal Salju”, sekaligus merupakan pertama kali muncul dalam kaca televisyen.

Sejak awal ditubuhkan sehingga kini, mereka mempunyai 5 orang ahli kumpulan iaitu Zahar (pemain gitar), Masrin (pemain gitar), Ilham (vokalis), Yasin (pemain drum) dan Hidayat (pemain gitar). Lebih menarik lagi Ilham, Yasin dan Hidayat merupakan adik beradik dan anak kepada penyanyi terkenal Malaysia iaitu Datuk M. Nasir.

Meskipun ayah mereka adalah orang berpengaruh dalam bidang muzik, mereka tidak menjual nama Datuk M. Nasir untuk meraih populariti. Pitahati mahukan dikenali kerana lagu/muzik tersendiri.

Pitahati juga mempunyai genre yang seangkatan dengan Pink Floyd dan Radiohead, namun mereka memberi gelaran sendiri sebagai “rock Nusantara avant garde”. Tambahan pula lirik mereka terinspirasi dari karya bekas sasterawan Malaysia seperti Datuk A. Samad Said selain itu Pramoedya Ananta Toer (penulis Indonesia) dan juga Allahyarham Loloq (penulis lirik lagu rock Melayu tersohor era 1980an dan 1990an).

Album pertama Pitahati adalah “Fonetik Anak Candai” yang diterbitkan pada tahun 2014. Terdapat 10 lagu dalam album itu antaranya adalah Melayar. Keluaran album tersebut telah meluaskan lagi nama mereka dan dapat memulakan langkah pertama untuk membuat tour sendiri.


Kemuncak tahun 2015, Pitahati menyumbang lagu bertajuk “Sahabat” dalam OST filem Terbaik Dari Langit. Lagu Sahabat tercalon dalam Festival Filem Malaysia ke-27 dalam dua kategori iaitu “Lagu Tema Asal Terbaik” dan “Skor Muzik Asal Terbaik”.

Di samping kejayaan lagu Sahabat, Pitahati mengeluarkan album baru iaitu “Selamat Datang ke Panggung Suara” (2016). Pembikinan album ini sangat mencabar semasa rakaman ada bunyi-bunyi asing kerana studio yang tidak kedap bunyi. Hampir 16 jam sehari Pitahati bertungkus lumus menyiapkannya. Akhirnya, setelah 3 minggu, album ini siap dan mempunyai 18 lagu termasuklah lagu Sahabat.

Merantau Sang Nusa di Esplanade Recital Studio Singapura
Foto oleh Esplanade Singapura (Facebook Pitahati)

Pitahati juga menghiasi lagu dalam OST Jibril yang bertajuk Naraka pada tahun 2019. Hampir genap 10 tahun Pitahati dalam industri muzik pelbagai konsert diikuti mahupun tur dilakukan antaranya ialah Rock The World (2012, 2013 dan 2014), Good Vibes Festival (2014) dan banyak lagi. Pitahati juga antara kumpulan muzik yang unik dari segi lirik, persembahan dan gaya muzik mereka.

Semoga Pitahati terus berkarya dan mewarnai dunia muzik di masa depan kelak.


Artikel oleh @paizsano

Revised for website purpose.