Penulis Rabak-Lit: Jack Malik

Penulis Rabak-Lit: Jack Malik

Muhammad Danial Malik, anak kelahiran Ipoh, Perak dan telah bergiat dalam bidang menulis dan pembacaan puisi dalam bahasa Melayu dan juga Inggeris. Menggunakan nama pentasnya iaitu Jack Malik, beliau aktif dalam bidang literasi dan juga puisi ini sejak daripada tahun 2015 lagi dan masih lagi diteruskan sehingga kini. Kisah romantis di antara Jack Malik dan juga puisi telah bermula sewaktu dirinya sedang patah hati. Ya, setiap orang pernah putus cinta begitu juga Jack Malik. Beliau melontarkan segala emosi yang dihadapi kedalam sebuah bentuk kata-kata yang indah iaitu puisi. Beliau menjadikan penulisan puisi ini sebagai sebuah medan untuk meluahkan segala segala-galanya dan beliau mendapati bahawa cara ini tidak seteruk seperti yang disangkakan.

Mula meninggalkan tempat kelahirannya pada tahun 2015, beliau mula berkelana ke Lembah Klang dan banyak membuat persembahan di pesta literasi dan juga puisi. Salah satu peristiwa yang telah membuka matanya untuk memulakan karier dalam bidang ini adalah sewaktu beliau di Rantai Art Festival. Kemudiannya beliau terus menempa nama di dalam scene puisi dengan personalitynya yang unik sekali gus membawa impak yang sangat besar. Sehingga kini, Jack sudah banyak menulis buku dan buku puisi tulisan pertamanya adalah Wannabe Sasau yang telah diterbitkan oleh Rabak Lit. Beliau bijak dalam mengekspresikan segalanya dalam bentuk penulisan puisi dan melalui buku puisi ini, beliau telah menghasilkan sebuah “masterpiece” yang mengandungi kemarahan, kesakitan, ketenangan dan juga harapan.

Wannabe Sasau ini telah terbahagi kepada 3 bahagian dan setiap bahagian itu sudah pasti terselindung kisah-kisah nya yang tersendiri. Tidak dinafikan bahawa ramai yang gemar meluahkan perasaan serta emosi mereka melalui media sosial. Terkadang mendapat perhatian, terkadang juga mendapat cacian. Lebih baik kita mengikut langkah Jack Malik iaitu melepaskan segalanya melalui puisi. Bukan sahaja menjadikan diri lebih kreatif, malah terhindar dari segala aura negatif dan mampu meningkatkan daya cinta kepada diri sendiri. Seperti mana pendapat seorang Jack Malik, puisi ini adalah tempat untuk dia mencintai dirinya sendiri.

Semoga terus maju jaya!

No Comments

Post a Comment