Penulis Rabak-Lit: Omar Ariff

Penulis Rabak-Lit: Omar Ariff

Omar Ariff, seorang anak kelahiran Pulau Pinang Malaysia dan juga merupakan anak kepada seorang radiographer hospital iaitu Omar Farouk.Lahir pada 2 March, 1964 di Jalan Burmah, Omar Ariff pernah bersekolah di sekolah lelaki, Pykett Methodist daripada tahun 1971 sehinga 1976. Beliau telah menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak. Omar Ariff mengidolakan Isa Bakar, iaitu seorang pemain bolasepak tanah air suatu ketika dahulu. Oleh yang demikian, beliau pernah bercita-cita untuk menjadi seorang pemain bolasepak. Namun begitu, beliau telah menyedari bahawa dirinya merupakan seorang kaki bangku.

Jadi, beliau mengubah angin dengan bermula bermain gitar dan hanya dapat memainkan beberapa chord awal daripada lagu “Black Magic Woman”, nyanyian Santana. Beliau membesar dengan mempelajari lagu-lagu pop disko nyanyian kumpulan Bee Gees. Lalu selepas itu, barulah beliau mengenali kumpulan The Beatles. Dalam pada itu, beliau juga menghargai hasil karya seperti David Bowie, The Police, Scorpions dan juga Cheap Trick. Dengan itu, kita sudah dapat menyaksikan bahawa Omar Ariff merupakan seorang insan yang begitu meminati muzik-muzik seperti pop dan rock.

Sewaktu berlakunya isu kemelesetan ekonomi pada pertengahan tahun 1980, Omar Ariff telah kembali ke Malaysia daripada Australia. Beliau juga telah memberitahu kepada rakan sekerjanya bahawa pada satu hari nanti, beliau akan tulis sebuah buku. Siapa sangka, pada tahun 2008, Omar Arif telah berjaya menerbitkan sebuah buku yang membantu para graduasi yang baru menamatkan pelajaran dalam mencari pekerjaan. Kini, beliau telahpun menulis sebuah buku yang melibatkan sebuah kumpulan yang bergenrekan rock psikedelik dan alternative serta berasal daripada Malaysia. Kumpulan ini juga pernah terkenal pada era tahun 70-80’an.

Tidak lain dan tidak bukan, nama kumpulan ini adalah The Strollers. Buku ini juga telah diterbitkan oleh Rabak Lit. Apa yang menariknya, The Strollers ini juga merupakan kumpulan Rock pertama di Malaysia dan pernah bernaung di bawah Sony Music.

Teruskan berkarya Omar Ariff!

No Comments

Post a Comment