Categories
Musician

BLUR? ROCK BAND?

When I feel heavy metal (woo-hoo) 
and I’m pins and I’m needles (woo-hoo)
Well, I lie and I’m easy
All of the time but I’m never sure why I need you.
Pleased to meet you.

Blur, sebuah band muzik pasti tidak asing bagi peminat-peminat tegar muzik alternative rock dan indie rock. Blur merupakan sebuah English rock band yang terlahir di London pada tahun 1988. Band ini terdiri daripada empat ahli yang tidak pernah bertukar ganti iaitu Damon Albarn (Penyanyi), Graham Coxon (Gitaris), Alex James (Bass) dan Dave Rowntree (Drum). Selepas beberapa tahun berkarya, Blur berjaya mengeluarkan album debutnya iaitu Leisure pada tahun 1991.

Setelah itu, mereka terus bersemangat dalam mencuba bermacam genre dan gaya muzik. Band Blur telah merubah gaya muzik mereka dipengaruhi oleh kumpulan English gitar pop seperti The Kinks, The Beatles dan XTC. Setelah itu, Blur berjaya merelis beberapa buah lagi album iaitu Modern Life Is Rubbish pada tahun 1993, Parklife pada tahun 1994 dan The Great Escape pada tahun 1995. Dengan itu, band ini secara tidak langsung telah membantu mempopularkan genre Britpop dan memperolehi banyak pencapaian di UK. Kejayaan mereka semakin bertambah lagi apabila terlibat dalam chart battle bersama kumpulan saingan iaitu band Oasis pada tahun 1995 yang diberi julukan “The Battle of Britpop”.

Blur boleh dikatakan sebagai band yang bergenre Alternative Rock, Britpop dan Indie Rock. Kumpulan ini juga mula aktif pada tahun 1988 dan masih aktif sehingga kini.

Album kelima Blur iaitu self-titled Blur pada tahun 1997, dapat dilihat satu lagi perubahan gaya penyampaian muzik dibuat oleh mereka. Band ini dipengaruhi dengan gaya Lo-Fi dari kumpulan indie rock Amerika. Dengan perubahan itu, album mereka diangkat menjadi tempat ketiga dalam UK Chart-topping Album. Single mereka bertajuk “Song 2” telah membawa kejayaan arus perdana di Amerika Syarikat buat pertama kalinya.

Setelah mendapat banyak pencapaian, Blur memperlihatkan bahawa band ini sedang melalukan eksperimen dengan electronic dan gospel music setelah mengeluarkan album mereka yang seterusnya iaitu 13 pada tahun 1999.

Band ini juga mengetengahkan lirik lagu yang dicipta sendiri oleh penyanyi utama kumpulan ini, Albarn. Pada album ketujuh mereka iaitu Think Tank pada tahun 2003, mereka menyambung eksperimen mereka yang mana menggabungkan electronic dan gospel music dengan dibentuk oleh minat Albarn yang semakin mendalam dalam Hip Hop dan World Music. Dalam melalukan beberapa eksperimen dalam penyampaian muzik mereka, Blur juga menampilkan karya gitar yang lebih minimum. Namun, Coxon telah mengambil keputusan untuk meninggalkan band ini semasa di awal sesi rakaman untuk album ketujuh mereka. Setelah itu, band ini telah dibubarkan selama beberapa tahun selepas berakhirnya tour oleh kerana para anggota band ini telah terlibat dalam beberapa projek lain.

Beberapa tahun telah berlalu, band Blur kembali beraksi dan ahli kumpulan mereka kembali bergabung. Setelah kembali bergabung, Blur memulakan Reunion Tour di Eropah dan telah melancarkan beberapa singles serta melakukan tour ke peringkat antarabangsa.

Pada tahun 2012, mereka telah menerima anugerah iaitu “Brit Award for Outstanding Contribution to Music”. Terdapat banyak singles dari Blur yang sangat bagus dan diminati ramai seperti “Song 2”, “Under The Westway”, “Blue Jeans”, “Out Of Times”, “Bettlebum”, “For Tomorrow”, “Coffee And TV”, “Ghost Ship”, “Lonesome Street” dan banyak lagi.

Lagu-lagu Blur adalah lagu-lagu yang mempunyai kepelbagaian genre dan gaya muzik. Sesetengah orang pasti melabel Blur adalah band yang tidak mempunyai identiti. Namun pada hakikatnya Blur adalah band yang berani. Band ini berani mencuba kepelbagaian genre dan gaya muzik untuk menjadi sebuah band yang versatile.

Semoga terus maju jaya Blur!


Artikel oleh @paizsano