Categories
Local Acts

OLD AUTOMATIC GARBAGE

OAG


Local Band Highlight: OAG

Sekiranya Tun Mahathir adalah Bapa Pemodenan Malaysia, OAG di dalam industri seni tanah air pula lebih dikenali sebagai Bapa Indie Malaysia.

OAG atau Old Automatic Garbage ditubuhkan pada tahun 1992 dengan genre tersendiri iaitu “60’s Crunchy Pop Fuzz”. Barisan OAG yang asal adalah Radhi, Chi, Ivan dan Lam. Sehingga ke hari ini, band OAG telah dianggotai lebih daripada 20 ahli dan saling bertukar ganti. Untuk pengetahuan anda, Naza dan Alim dari band The Times juga merupakan bekas anggota OAG.

Lam, Ivan, Radhi dan Qi menayangkan CD album pertama OAG.

OAG lebih lebih sinonim dengan muzik underground sebelum dilamar oleh Paul Moss dari syarikat rakaman Positive Tone. Sebelum ini Positive Tone juga pernah membawa nama-nama local acts besar seperti Too Phat, Pop Shuvit, Ruffedge, Poetic Ammo, Juliet The Orange dan ramai lagi di bawah mereka.

Selain pernah mendapat anugerah Ikon Malaysia dalam kategori kumpulan dan seterusnya menjadi wakil Malaysia dalam peringkat Ikon Asean, lagu hits album pertama mereka iaitu “60’s TV” juga pernah memenangi Anugerah Artis Baru Terbaik dalam AIM 1996. Seterusnya, OAG juga berjaya memenangi anugerah untuk album kompilasi Boys & Girls 1+1= 3.

Keratan surat khabar New Straits Times meliputi band OAG dan album pertama mereka.

Anggota utama mereka, Radhi juga pernah menarik diri dari OAG dan bergerak secara solo dengan nama Radhi-O. Namun, pada tahun 2016, OAG telah membuat kemunculan semula dalam scene indie Malaysia.

Selepas hampir lebih 25 tahun bertapak di dalam industri muzik, OAG mengumpulkan ahli-ahli asal mereka iaitu Radhi, Chi (Qi Razali), Lam dan juga Ivan yang kini sudah menetap di Ireland. OAG pada tahun lepas mengumumkan untuk kembali dalam satu gig besar mereka iaitu “THE OAG REUNION” 🤟🏻 dan ia akan dilakukan hanya sekali sahaja.

Untuk mengetahui lebih lanjut kisah Radhi dan OAG, para peminat boleh dapatkan buku Radhi Radhio: Seksa, Dada dan Rock & Roll di stor rabaklit.com