Ramai beranggapan bahawa watak Jack dan Rose dalam filem Titanic adalah fiksi semata, tidak kurang sedikit juga yang menganggap mereka adalah watak yang benar wujud di dunia nyata.
Sebenarnya Jack dan Rose benar-benar wujud tetapi mereka tidak pernah bercinta bahkan tidak pernah menemui satu sama lain diatas kapal Titanic! Lagi parah, mereka tidak pernah berdua-duaan menggoyang kereta.
Kisah hubungan mereka adalah hasil daripada idea kreativiti penulis skrip dan pengarah filem semata demi menjatuhkan airmata penonton.
Watak Rose Dewiit Bukater diilhamkan daripada kecantikan paras rupa seorang pelakon Amerika bernama Beatrice Wood di tahun 20-an. Beliau merupakan editor bagi majalah The Blind pada tahun 1917, yakni lima tahun setelah Titanic karam. Beatrice meninggal dunia pada tanggal 12 Mac 1998 setahun selepas pelancaran filem Titanic.
Paras wajahnya yang anggun di tahun 1920an itu dijadikan ukuran oleh pengarah filem untuk mencari siapa pelakon paling sesuai untuk memegang watak Rose. Maka yang terpilih adalah Kate Winslet pelakon berbangsa British.
Manakala watak Jack pula adalah benar-benar wujud. Watak itu diilhamkan dari seorang penumpang sebenar kapal Titanic yang bernama Joseph Dawson. Beliau merupakan pekerja arang batu yang turut sama ikut berlayar untuk melihat dunia luar.
Ketika tragedi malang yang mengorbankan lebih 1500 penumpang tersebut, yang terselamat cuma 705 orang. Salah seorang penumpang yang lemas dan beku adalah Joseph Dawson sendiri.
Mayat beliau ditemui oleh Mackay Bennet dan ditandai dengan nombor mayat 227. Seterusnya beliau disemadikan di Fairview Lawn Cemetry di Nova Scotia, Canada pada 8 May 1912.
Sebelum filem Titanic meletup, kubur Joseph Dawson yang juga bernombor 227 hanya sebatas sebuah kubur yang sunyi dan tidak berpengunjung, namun setelah kejayaan filem box office 1997 itu semakin ramai anak-anak gadis mengunjungi pusara tersebut demi mengenang kisah cinta Jack dan Rose. Ditambah lagi dengan kehenseman aktor Leonardo DiCaprio menjayakan filem ‘You jump I Jump’ tersebut waduhh bertambah gawat.
Andai facebook telah wujud masa itu mesti ramai hashtag Jack&Rose.
Sebagai penutup, penumpang sebenar yang masih selamat adalah bernama Millvina Dean dan beliau meninggal dunia pada usia 97 tahun di Southampson. Ketika Titanic karam, Millvina baru berusia dua bulan dan menjadikannya penumpang paling muda yang terselamat.
*mujur penumpang Titanic masa itu tiada poligami, andai ada pasti ada lelaki lemas gara-gara dipelok empat isterinya.
Sumber
https://www.dazzling.news/…/the-real-jack-dawson-the-passen…
https://reelrundown.com/…/Beatrice-Wood-The-Woman-James-Cam…
Dari penulisan: FB @Syawal Ramadhani