Categories
Movie

Birdman

Bekas pelakon cerita superhero mengalami permasalahan identiti sendiri.

Bekas pelakon cerita superhero mengalami permasalahan identiti sendiri. Tapi cerita superhero apa yang dimaksudkan itu? Adakah Superman? Ironman? Spiderman? Atau Cicakman? Semuanya tidak. Badang pun bukan.

Michael Keaton yang juga dahulunya pelakon kepada superhero Batman (1989) melakonkan watak sebagai Riggan Thomson. Sememangnya yang ada masalah identiti sendiri bukanlah Keaton tetapi watak fiksyen yang dilakonkan, Riggan.

Riggan merupakan seorang pelakon yang dahulunya terkenal dengan memegang watak ikonik superhero Birdman lebih dari 20 tahun lalu. Kini, beliau cumalah pelakon yang kian pudar. Demi untuk membuktikan beliau masih berbisa, Riggan mula menulis, mengarah, menerbit dan membintangi sebuah drama di Broadway. Tetapi, beliau diganggu oleh bayang-bayang Birdman yang menyuruh Riggan untuk kembali membintangi filem blockbuster seperti dahulu kerana itulah identitinya sebagai pelakon.

Pelbagai dugaan dialami Riggan untuk menjayakan drama itu seperti masalah isu beliau dengan pelakon yang lain, rakan pelakonnya cedera, menguruskan perkara dengan anaknya, bekas isteri dan teman wanitanya serta dengan gangguan Birdman sememangnya mencabar kewarasan Riggan.

Filem berdurasi 2 jam ini meraih keuntungan yang amat besar dengan kutipan 103.2 juta USD berbanding dengan bajet yang digunakan untuk projek filem Birdman iaitu 18 juta USD. Arahan dari Alejandro Gonzalez Inarritu yang turut berlakon dalam filem ini, Birdman juga dibintangi barisan pelakon yang dikenali ramai seperti Edward Norton, Naomi Watts dan Emma Stone. Dengan sukses Birdman yang sebanyak itu cukup membuktikan bahawa filem ini berjaya menawankan hati penonton dan wajib ditonton kepada yang masih belum menonton.


Artikel oleh @AmirZharfannn

(retrieved from Rabak-Lit’s Twitter, revised)