Categories
Musician

NF

Surround yourself with people that challenge how you think
Not people that nod their head and act like they agree.
(Remember This, NF)

Seorang penyanyi, penulis lirik lagu dan rapper yang amat diminati oleh anak-anak muda pada zaman millenium ini. Nathan John Feuerstein atau lebih dikenali sebagai NF adalah seorang bangsa Amerika Syarikat dan lahir pada 30 March 1991.

Via: Facebook

Masa silam NF tidaklah begitu indah kerana ibu NF menemui kematian akibat pengambilan dadah yang melampau. NF berasa amat sedih dengan pemergian ibunya itu sehingga dia menghasilkan sebuah lagu yang berjudul “How Could You Leave Us” untuk ditujukan kepada mendiang ibunya.

NF memulakan kerjanya pada tahun 2010 dan album awalnya adalah Moments. Pada tahun 2014 pula, NF mendapat jemputan daripada syarikat musik yang terkemuka iaitu Capitol CMG. Dengan demikian, NF berjaya menghasilkan sebuah EP berjudul namanya sendiri, NF.

EP “NF” mendapat tempat yang ke-12 dalam “Billboard’s Christian Albums”, tempat ke-4 dalam “Top Gospel Albums” dan tempat ke-15 dalam “Top Rap Albums”. Menjelang tahun 2015, NF mengeluarkan album studio pertama iaitu Mansion bersama Capitol CMG.

Album pertama NF.
Album keempat/terkini NF.

Album keduanya iaitu Therapy Session yang mengandungi “I Just Wanna Know” dan “Real” mendapat tempat ke-12 dalam Billboard 200 dan tempat pertama dalam Rap Album Chart. Selepas album ketiganya Perception dikeluarkan, NF mula membuat konsert di beberapa negara.

Setahun kemudian pada tahun 2019, album studio keempat mula dikeluarkan. Album itu dinamakan The Search berserta musiknya yang mempunyai nama sama dengan albumnya itu. Pada tahun lalu, NF mengambil masa beberapa bulan untuk berehat kerana wabak Covid-19. Tetapi, dia mengejutkan para peminatnya dengan mengumumkan satu projek baru yang bakal dilancarkan bernama CLOUDS.

Sesetengah orang pasti bersangka NF ini adalah seorang yang kuat emosi kerana liriknya yang menyentuh hati. Namun, sebenarnya dia pernah berkata dia hanya meluah semua perasaanya melalui lagu. Kejayaannya dalam bidang muzik membuktikan masalah yang menimpa kita pasti dapat ditangani jika kita cekal dan tidak cepat mengalah.


Artikel oleh @ArifAzyy

(retrieved from Rabak-Lit’s Twitter, revised)