Mr. Turner (2014) adalah sebuah filem biografi berdasarkan 25 tahun terakhir kehidupan seorang pelukis lagenda bernama J.M.W.Turner yang berasal dari London (1775-1851). Diarahkan oleh Mike Leigh, filem ini turut dibintangi oleh Timothy Spall yang melakoni watak sebagai J.M.W. Turner, Dorothy Atkinson sebagai Hannah Darby, Paul Jesson sebagai William dan Karl Johnson sebagai Mr. Booth.
J.M.W. Turner adalah seorang lelaki yang sangat suka dalam melakukan pekerjaan kegemarannya iaitu melukis. Dengan bantuan pembantunya, Hannah Darby dan ayahnya yang bernama William, dia terus mengejar matlamatnya sebagai seorang pelukis. Pada zaman itu, agak perit bagi Turner kerana revolusi teknologi industri dan industri sedang berlaku yang menyebabkan dia menghadapi masalah intelektual dan saingan yang tinggi.
Filem Mr Turner juga menjadi satu drama komedi yang mampu membuatkan anda tertawa. Selain itu, ia tidaklah mempunyai unsur drama yang melampau dan pengarah cuba untuk membuatkan penonton dapat merasakan apa yang dialami oleh watak-watak di dalam filem. Buktinya adalah penonton dapat melihat rutin harian Turner disertai dengan pencerita narasi yang membuatkan mereka mempunyai perasaan ingin tahu tentang apa jalan cerita yang seterusnya.
Walaupun filem ini seperti berulang-ulang jalan ceritanya, namun ianya mempunyai plot yang menarik yang berterusan dari awal sehingga akhir. Adakah filem ini akan memberi inspirasi?
Cara Turner untuk mencapai cita-citanya agak sukar dan aneh tetapi dia tidak pernah berputus asa dan itulah membuatkan penulis suka tentangnya. Pencapaian Turner juga tidak dapat dipisahkan dari kejayaan pelakonnya sendiri, Timothy Spall kerana dia memainkan watak itu dengan bibir dan wajah yang muncung, reaksi yang bersahaja, kegelisahan dan penyesalannya.
Filem biografi watak Mr. Turner yang memikat dalam perkembangan ceritanya, tenang tanpa terburu-buru dan menyibukkan perasaan penonton dengan visual filem yang dinamis. Perjalanan Mr Turner dan juga impresi dari wataknya dengan serius sekaligus akan menjadikan penonton untuk faham dengan keindahan filem biografi ini.
Lakonan yang hebat dari anda, Timothy Spall. Teruskan menjadi pelakon berwibawa!
Artikel oleh: @ArifAzyy
(retrieved from Rabak-Lit’s Twitter, revised)