Filem At Eternity’s Gate adalah sebuah filem biografi tentang perjalanan hidup Vincent Van Gogh sebagai seorang pelukis pada 2 tahun terakhir sebelum kematiannya.
Melalui filem At Eternity’s Gate, pelakon terkenal iaitu Willem Dafoe mampu menghidupkan watak Van Gogh sebagai pelukis lagenda melalui kemahiran lakonannya yang luar biasa.
Filem ini secara khusus menggambarkan beberapa tahun menjelang akhir hayat Van Gogh yang dia telah habiskan di bandar kecil Arles, Selatan Perancis. Sepanjang hidupnya, Van Gogh menganggap dirinya adalah seorang yang gagal kerana lukisannya tidak menarik minat banyak pengumpul seni.
Van Gogh merasa dirinya terpencil atau dianggap pelik oleh para pelukis pada waktu itu. Rakannya yang merupakan seorang pelukis bernama Paul Gauguin menasihatkan Van Gogh untuk bersendirian supaya dia mendapat semangat dan inspirasi semula.
Dengan mengikuti nasihat itu, Van Gogh melakukan perjalanan ke Selatan Perancis dan tinggal di sebuah pondok kuning kecil yang kita lihat dalam karyanya, “Bedroom In Arles”. Di sana, dia dapat melukis dengan tenang dan mendapat banyak idea untuk melukis.
Kaedah melukisnya yang menggunakan cat minyak dianggap pelik oleh rakan-rakannya kerana dianggap kaedah lukisan seperti itu tidak layak disebut sebagai lukisan. Penyakit mental yang dialami oleh Van Gogh seperti anxiety, gangguan bipolar, kemurungan dan halusinasi digambarkan secara visual di dalam filem ini oleh pengarah yang bernama Julian Schnabel. Perubahan warna filem yang tiba tiba menjadi hitam putih, pewarnaan pemandangan dan monolog dari fikiran Van Gogh membuatkan penonton memahami pengalaman pelukis ini menghadapi masalahnya.
Bahkan pada masa itu, Van Gogh menghadapi pelbagai stigma dari orang sekelilingnya yang memanggil dia ‘gila’ tetapi dia tetap tidak berhenti dalam menghasilkan karya-karyanya itu. Lukisan yang dihasilkannya juga sangatlah banyak ketika dia dalam rawatan di hospital.
Seperti di dalam filem, ianya juga menunjukkan cinta Van Gogh yang besar terhadap dunia seni. Lakonan mantap oleh Willem Dafoe juga berhasil membawa namanya untuk tercalon di antara “Best Actor” dalam Anugerah Oscar 2019.
A great actor plays as a legendary painter!
Artikel oleh: @ArifAzyy
(retrieved from Rabak-Lit’s Twitter, revised)