bandoftheday
Background Photo by Juliette F on Unsplash
Sebut sahaja nama Megadeth, rata-rata penggemar muzik metal pasti akan mengenali kumpulan lagenda ini. Megadeth merupakan heavy metal band dari Amerika yang terbentuk pada tahun 1983 oleh guitarist, Dave Mustaine dan bassist, David Elleffson di Lost Angeles, California.
Megadeth merupakan salah satu kumpulan tergolong dalam “Big Four” bersama Metallica, Anthrax dan Slayer, gelaran yang diberi kepada empat bands influential kepada scene muzik thrash metal. Megadeth adalah band muzik yang memberi peranan besar dalam mengembangkan dan mempopularkan genre heavy metal. Muzik dan lagu-lagu mereka menampilkan susunan yang kompleks dan bahagian irama berbentuk fast rhythm. Selain itu, Megadeth cukup terkenal dengan band muzik membawa genre heavy metal, thrash metal dan speed metal dalam lagu-lagu mereka. Lirik lagu-lagu yang telah dihasilkan juga mengandungi tema-tema seperti kematian, perang, politik, hubungan peribadi dan juga agama.
Lineup asal Megadeth terdiri daripada empat orang ahli iaitu Dave Mustaine, Chris Poland, David Ellefson dan Gar Samuelson (Megadeth telah mengalami sembilan kali perubahan lineup sehingga tahun 2021). Megadeth bergiat aktif sehinggalah dibubarkan pada tahun 2002 oleh kerana salah seorang ahli dari kumpulan ini, Dave Mustaine mengalami kecederaan bahagian lengannya. Namun, band ini kembali membuat kemunculan pada tahuun 2004 dan masih aktif sehingga kini.
Megadeth telah mencapai banyak kejayaan menjual sebanyak 38 juta record album di seluruh dunia. Selain itu, mereka juga telah memperoleh sijil Platinum di Amerika Syarikat untuk enam daripada lima belas album mereka dan menerima dua belas pencalonan Grammy. Pada tahun 2017, Megadeth telah memenangi Anugerah Grammy pertama mereka dalam kategori Persembahan Metal Terbaik untuk lagu “Dystopia”.
Megadeth juga tidak lari dari kontroversi kerana muzik dan lirik lagu-lagu mereka. Oleh itu, album band ini disekat dan konsert mereka dibatalkan. MTV juga enggan menyiarkan dua muzik video yang dianggap memberi galakan orang ramai untuk membunuh diri. Walaubagaimanapun, setiap lagu yang dihasilkan mempunyai daya tarikan dan sememangnya mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Terdapat banyak lagu mereka yang mendapat penerimaan begitu memberangsangkan seperti “Mechanix”, “Sweating Bullets”, “Wake Up Dead”, “Peace Sells”, “A Tout Le Monde”, “Tornado of Souls”, “Symphony of Destruction”, “Hangar 18” dan “Holy Wars… The Punishment Due”.
“Holy Wars…The Punishment Due” dari album Rust In Peace, lirik lagu ini menceritakan keraguan tentang perang yang bersifat sentimental atau berdasarkan agama. Seperti yang kita ketahui, perang adalah pertembungan fizikal atau bukan fizikal antara satu pihak dengan pihak lain dengan tujuan mewujudkan dominasi. Lirik lagu ini seakan-akan bertepatan dengan situasi kini yang banyak melibatkan peperangan antara negara-negara dan keganasan dalam negara luar. Mereka dengan mudah menggunakan senjata, membunuh dengan percaya bahawa mereka adalah seseorang yang menegakkan hukum Tuhan.
Lagu itu jelas mengkritik para pundamentalist yang sangat mengagungkan peperangan, kekerasan dan kekuasaan.
Sebagaimana yang kita ketahui, semua ajaran agama melarang pertumpahan darah yang sia-sia kerana pada dasarnya manusia mesti saling menyayangi. Jika kita semua betul-betul mengikuti seruan dalam agama masing-masing, maka semua negara yang ada di dunia kini pastinya akan dapat mengecapi kedamaian.