Categories
Musician

LIMP BIZKIT

bandoftheday

Background Photo by Juliette F on Unsplash


Limp Bizkit, merupakan sebuah band rap rock Amerika dari Jacksonville, Florida. Siapa sahaja yang tidak mengenali band tersohor ini, terdiri daripada ahli-ahli yang cukup hebat iaitu Fred Durst (lead vocalist), Sam Rivers (bass, backing vocals), John Otto (drums), DJ Lethal (turntables, sampling), dan Wes Borland (guitars, backing vocals). Genre utama bagi band ini adalah nü-metal dan rap rock. Muzik mereka juga boleh didefinisikan sebagai Alternative Metal, Alternative Rock dan Post-Grunge. Lagu-lagu mereka dikenali dengan gabungan penyampaian vokal Durst yang bernada marah dengan penyampaian sempurna dari Borland.

Selain itu, mereka turut dikenali dengan keunikan dan kehebatan muzik mereka, penampilan visual dari Borland yang begitu rumit dan unik, merangkumi cat pada bahagian muka dan badan. Pemakaian topeng dan seragam juga memainkan peranan yang besar dalam pertunjukan live mereka.

Kumpulan ini telah mencapai banyak kejayaan dalam perjalanan muzik mereka, juga telah dicalonkan untuk tiga Anugerah Grammy. Limp Bizkit juga telah menjual sebanyak 40 juta album records di seluruh dunia dan memenangi beberapa anugerah besar lain.

Limp Bizkit dibentuk pada tahun 1994 dan mula aktif sejak mereka telah menjadi popular di Jacksonville Underground Music Scene pada akhir tahun 1990-an. Kemudian, Durst telah menandatangani kontrak bersama Flip Records yang merilis album sulung mereka iaitu Three Dollar Bill, Y’all pada tahun 1997.

Bermula dari situ, Limp Bizkit kemudian berjaya mencapai kejayaan terbesar dalam scene modern metal dengan dua album studio mereka iaitu Significant Other (1999) dan Chocolate Starfish and The Hot Dog Flavored Water (2000).

Single keempat mereka, "Break Stuff" dari album Significant Other. Klik imej untuk dengar di YouTube.
Rollin' (Air Raid Vehicle) lagu paling popular Limp Bizkit dari album Chocolate Starfish and Hot Dog Flavored Water.

Namun, terdapat beberapa kontroversi yang mencemari kejayaan mereka iaitu kes semasa persembahan mereka di Woodstock ’99 dan Festival Big Day Out pada tahun 2001. Pada tahun itu juga, Wes Borland telah meninggalkan Limp Bizkit manakali ahli-ahli lain masih menyambung perjalanan seni kumpulan itu dengan membuat rakaman dan penjelajahan bersama guitarist baharu, Mike Smith. Berikutan rilisan album mereka iaitu Result May Vary pada tahun 2003, Borland telah kembali menyertai semula Limp Bizkit dan terlibat dalam recording album The Unquestionable Truth (Part 1) pada tahun 2005.

Single pertama album Results May Vary. Klik imej untuk dengar di YouTube.
Gold Cobra. Klik imej untuk dengar di YouTube.

Pada tahun 2006, Limp Bizkit berhenti beraksi atas sebab-sebab mereka tersendiri. Band ini kembali beraksi pada tahun 2009 bersama Borland dan memulakan penjelajahan sehinggalah kembali memuncak dengan rakaman album latest mereka, Gold Cobra pada tahun 2011. Selepas itu, mereka meninggalkan kontrak bersama Interscope dan menandatangani kontrak bersama Cash Money Records, namun pada masa itu DJ Lethal telah meninggalkan band tersebut (beliau kembali menyertai semula kumpulan itu pada tahun 2018).

Lagu-lagu yang mereka hasilkan telah menarik perhatian orang ramai dan menjadi sangat popular seperti “Rollin’”, “My Way”, “My Generation” dan banyak lagi. Menurut Durst, dia mahukan Limp Bizkit menjadi sebuah “Megaband” yang dapat membawa sebanyak mungkin gaya muzik yang berbeza-beza. Muzik Limp Bizkit juga didefinisikan sebagai Alternative Metal, Alternative Rock dan Post-Grunge.

Limp Bizkit, band metal dengan keunikan dan pembawakan muzik mereka yang penuh versatile.


Penuliasn artikel oleh @paehsano