Categories
Musician

ALEX TURNER (ARCTIC MONKEYS)

Sesiapa sahaja yang meminati kumpulan muzik Arctic Monkeys semestinya mengenali setiap ahli kumpulan ini, lebih-lebih lagi Alex Turner.

Alex atau nama panjangnya Alexander David Turner merupakan seorang ahli muzik Inggeris. Dia seorang penyanyi, penulis lagu dan juga membawa watak besar dalam kejayaan kumpulan Arctic Monkeys iaitu sebagai vokalis, pemain gitar dan juga keyboard. Dia telah menghasilkan enam buah album bersama Arctic Monkeys dan juga mempunyai sebuah projek solo.

Lahir pada 6 Januari 1986, boleh dikatakan Alex Turner telah terdedah dengan dunia muzik sejak daripada kecil. Hal ini kerana ibu bapanya merupakan peminat muzik yang dikategorikan sangat fanatik. Sewaktu perjalanan di dalam kereta, ibunya sering memasang lagu-lagu Led Zeppelin, David Bowie dan juga The Eagles sementara bapanya pula merupakan seorang peminat tegar muzik jazz terutamanya Frank Sinatra. Ayahnya juga merupakan seorang pemain saxophone, trumpet dan juga piano.

Alex mula diperkenalkan dengan alat muzik keyboard oleh bapanya dan mula mempelajari bermain piano secara professional sehingga umurnya 8 tahun. Alex Turner membesar bersama jirannya iaitu Matt Helders, pemain drum kumpulan mereka. Kemudian mereka bertemu dengan Andy Nicholson, pemain bass sewaktu mereka di sekolah menengah. Mereka bertiga berkongsi minat yang sama iaitu mendengar lagu-lagu rap dan juga mencipta rentak hip-hop melalui system Cubase kepunyaan ayah Alex.

Alex mula meminati muzik rock setelah mengikuti perkembangan kumpulan The Strokes pada tahun 2001. Alex terpaksa meminjam gitar sekolahnya untuk mempelajari beberapa chords gitar sewaktu dia berumur 15 tahun. Pada Christmas tahun yang sama, ibu bapa Alex telah membelikannya sebuah gitar elektrik.

Alex sering menghabiskan masa bersama rakan-rakannya. Rakan sekolahnya, Joe Carnall iaitu salah seorang ahli kumpulan indie rock, Milburn menyifatkan Alex Turner sebagai seorang yang paling pendiam. Walaupun begitu, Alex dilabel sebagai seorang pelajar popular yang cemerlang dalam bidang sukan berbanding muzik. Setelah umurnya 16 tahun, dia bersama 3 orang rakannya telah menubuhkan sebuah kumpulan bernama Arctic Monkeys di pertengahan tahun 2002. Alex mencadangkan kepada Andy supaya belajar bermain gitar bass dan telah mengajak jirannya, Jimmie Cook untuk sertai kumpulan mereka dan menjadi pemain gitar.

Sehingga hari ini, Arctic Monkeys adalah kumpulan muzik yang mengetengahkan genre indie rock dan psychedelic rock sudah berjaya mengeluarkan 6 album dan juga 23 singles.

“A lot of people… tell me I’m a bit… dreamy. But I like the idea of that. Of being somewhere else.”

Alex Turner of Arctic Monkeys

Stay sexy, Alex Turner!


Penulisan artikel oleh @HamidHafiz3