Categories
Musician

KURT COBAIN

Nama sang legenda penyanyi rock yang berbakat iaitu Kurt Cobain masih terpahat di hati peminat semenjak pemergiannya pada 27 tahun yang lalu.


Lahir pada February 20 dalam tahun 1967, Kurt Cobain juga berasal dari sebuah bandar yang kecil di Aberdeen, Washington.

Sejak kecil lagi, Kurt amat meminati dengan seni muzik. Justeru, dia mula belajar bermain drum, gitar dan alat muzik yang lain.

Masa silam Kurt sewaktu dia kecil tidaklah begitu indah kerana ibu bapanya sudah bercerai semenjak dia berusia 8 tahun lagi. Setahun selepas itu, dia tinggal bersama bapanya dan itu menambahkan beban lagi untuk Kurt kerana bapanya telah berkahwin dengan wanita lain.

Pada tahun 1980-an, Kurt tinggal semula bersama ibunya. Tahun itu juga merupakan tahun Kurt menerima hadiah sebuah gitar daripada pakciknya. Kurt sangat suka bermain gitarnya sehinggakan ibunya menghalau dia dari rumah kerana kesibukan Kurt bermain gitar itu dari pagi sehingga malam.

Kurt adalah seorang yang pendiam dan kerana itu agak sukar untuknya mencari sebuah band yang dia impikan. Dia hanya mendapat rakan seperjuangan setelah berjumpa dengan Krist Novoselic. Berjumpa dengan Krist, Kurt telah mendapat seorang lagi rakan iaitu Dave Grohl. Tiga remaja ini kemudian mula membentuk sebuah band rock yang bernama Nirvana.

Lagu-lagu mereka juga bergenre bebas, lirik yang tidak mengikuti format dan rentak muziknya. Band ini hanyalah mengikuti naluri Kurt kerana lagu-lagunya banyak menceritakan tentang pemberontakan, masalah sosial dan permasalahan hidup.

Nirvana mula melonjak tinggi dalam muzik antarabangsa setelah album pertama mereka, Bleach dilancarkan. Pada tahun 1989, Kurt dan Nirvana mula membuat lawatan-lawatan di Amerika Syarikat dan Eropah untuk mempromosikan album tersebut.

Hasilnya, mereka menjadi ikon untuk anak muda, jadual konsert yang padat dan kesibukan dalam membuat video lagu. Hal-hal itu juga membuatkan Kurt menjadi tertekan kerana dia hanyalah ingin hidup bebas dengan tiada tekanan tapi hal menjadi sebaliknya.

Kurt mengambil dadah heroin untuk menghilangkan tekanan dihadapi sepanjang kariernya dan masalah perhubungan bersama bekas isterinya, Courtney Love. Akibatnya, dia mengalami ketagihan pengambilan dadah heroin dan kemurungan yang membuatkannya kesihatan dirinya semakin teruk.

Pada 5 April tahun 1994, bebanan yang dihadapi Kurt semakin teruk sehinggakan dia telah membuat keputusan untuk membunuh diri. Dia meninggalkan surat yang berisikan mesej yang sedih kepada isteri, anak dan peminatnya.

Walaupun Kurt telah lama meninggalkan kita semua, tetapi perjuangannya dalam menempuhi pelbagai dugaan sehingga akhir hayatnya haruslah diingati.

We Love You Kurt Cobain!


Artikel oleh: @ArifAzyy

(retrieved from Rabak-Lit’s Twitter, revised)