Categories
Album

Kolaborasi Jemson Kaw Kaww!

Album “Jemson” adalah sebuah pakej nostalgia lengkap untuk scene indie dan rock n’ roll tanah air!

Jemson adalah sebuah projek band yang ditubuhkan sejak tahun 2019 gandingan @myo daripada band Oh Chentaku bersama Najmi daripada band metalcore, Incarnation.

Dalam album Jemson, terdapat 12 buah lagu masterpiece. Jemson menampilkan terlalu ramai barisan serta nama- nama besar di dalam scene muzik tempatan yang terlibat seperti Noh Salleh, Vinesh dari Trophy Knives, Sam Bunkface, Melina William, Izo XPDC, Naim Daniel, Raz Azraai, AG COCO, Raja Nazrin dari Sekumpulan Orang Gila, Ruyde Lyondan, Arif Iskandar dan Rudeen..

Kegarangan Jemson menunjukkan bahawa semangat rock n’ roll tidak akan mati walaupun diduga dengan wabak Covid-19. Album ini mempunyai roh yang tersendiri, lebih-lebih lagi dengan gabungan segar antara Myo dan Najmi yang merupakan orang lama di dalam scene rock n’ roll Malaysia.

Walaupun hanya projek band tetapi pencapaian Jemson terlalu luar biasa kerana pernah mewakili Malaysia di Music Lane Festival Okinawa, Jepun. Malah, persembahan di konsert besar seperti Swara Sunyi di Indonesia, pembuka Konsert band Loudness Live di Kuala Lumpur dan juga perform di Gegey Fest di Panggung Asia.

LAGU PALING KECEWA DI DALAM DUNIA FEAT. RAJA NAZRIN ( SOG)

Membawa tema Balada Cinta Kosmos! Ini merupakan antara lagu paling melankolik dan penuh kejiwaan. Jika anda ingin melihat myo dengan gaya yang lebih seksi dan patah hati, lagu ini adalah lagu yang perlu didengari! Muzik video lagu ini membawa kita ke zaman rock n’ roll sewaktu era rock jiwang di Malaysia dan membawa kekecewaan yang penuh dan padat !

LU POWER FEAT. NOH SALLEH

Gabungan Jemson dan Noh Salleh ini pula sangat epik dan diluar jangkaan. Selain lirik yang sangat power, grafik muzik videonya sangat mengancam! Untuk pertama kali Noh Salleh seakan rap di dalam lagu Lu Power ini dengan lirik yang moden tetapi masih berpaksikan kepada Rock n’ Roll. Salute Jemson !!  

EXDC FEAT. IZZO XPDC DAN MELINA WILLIAM

Mengembalikan nostalgia kegemilangan zaman indie dan Rock Kapak di Malaysia suatu ketika dahulu. Jemson membawa nama besar seperti Melina William dari Tempered Mental dan Izzo yang merupakan gitaris kumpulan XPDC dengan lagu bertajuk XPDC! membawa tema penceritaan perjalanan dan hentian terakhir.

NAIM DANIEL / DAN RAZ AZRAAI

Jemson juga merupakan nafas baru kepada scene Rock N Roll dengan kolaborasi bersama Naim Daniel dengan lagu, “Mula Semula” yang penuh eksprementasi. Malah, guitaris Raz Azraai yang pernah bersesi bersama Rafael Moreira turut terlibat di dalam album ini dalam lagu “Sakit Hati!”. Nafas baru ini memberikan album Jemson sangat diluar jangkaan.

JEMSON KOLABORASI ROCK N’ ROLL PALING JAHAT YANG PERNAH WUJUD DI MALAYSIA

AG COCO, Sam Bunkface, Rudeen, Rudye Lyon dan Vinesh Trophy Knive juga antara kolaborasi yang signifikan dibawa Jemson dengan lagu Nostalgia, Pape Saje, Kau Jiwaku, Antara benua dan Rock N Roll Sampai Mati!

Dalam album Jemson juga terdapat sebuah bonus track bertajuk MAYBE untuk pembeli CD Original Jemson.

Jemson adalah definisi perjuangan di kala pandemik yang cuba membunuh Rock n Roll! Hail Rock N Roll Sampai Mati…

Semoga Rock N Roll Terus Hidup! Long Live Jemsonnnnnn…..!

LU POWERR!!