IPOH MUZIK SIMPOSIUM 2021 KEMBALI LAGI !

IPOH MUZIK SIMPOSIUM 2021 KEMBALI LAGI !

Ipoh Muzik Simposium (IMS) diteruskan lagi pada tahun 2021 ini dengan tema Nusantara: Menelusuri Tradisi Dan Kontemporari secara alam maya anjuran People of Remarkable Talents (PORT) dan Gerak Seni Ipoh.

Sedang berlangsung hari ini (1 Oktober 2021) sehingga 3 Oktober 2021, kali ini simposium akan merungkai dan membedah segala perihal berkenaan identiti muzik di Nusantara yang telah lama bertapak dan menjadi sebahagian daripada jiwa penduduk di Asia Tenggara itu sendiri dengan keunikkan dan penuh keasliannya yang tersendiri. Daripada zaman permulaan, kegemilangan sehingga zaman kejatuhan muzik Nusantara ini yang bergerak bersama tradisi di Asia Tenggara seiring bersama budaya dan tradisi daripada era terdahulu sehingga kini.

Antara karyawan yang mengambil tempat untuk duduk di sidang meja bulat dan turut serta sepanjang Simposium ini berlangsung untuk berkongsi penggalaman dan pemerhatian mereka berkenaan muzik nusantara ini adalah Mamat Khalid, Hasnul Rahmat, U-Wie Bin Hajisaari, Manan Ngah, Hairul Anuar Harun, Shah Herry, Aris Setyawan(Indonesia), Ismail Mohd Shariff, Michael H.B. Raditya(Indonesia), Seir Rashid dan ramai lagi selaku pembentang sepanjang Simposium ini dijalankan selama 3 hari secara alam maya. Orang ramai juga boleh mengambil tempat sepanjang untuk mendengar forum ini secara langsung menerusi laman Facebook Port Ipoh.

Bukan itu sahaja, Ipoh Muzik Simposium juga turut membuka dan menyediakan bengkel berkenaan muzik secara percuma di alam maya bagi memberikan ruang dan peluang kepada peminat muzik Malaysia untuk turut serta dan menikmatinya sendiri dalam mempelajari dan mengutip penggalaman bersama selebriti yang berpenggalaman berkecimpung di dalam Industri Seni ini seperti Az Samad, Hassan Babylon, Ondo Handpan dan ramai lagi yang akan berkongsi dengan anda berkenaan muzik yang berindentitikan Nusantara.

Pada kemuncak Ipoh Muzik Simposium ini, akan tambah perisa dengan sebuah konsert yang akan dibarisi seniman-seniman yang agung di dalam Industri Seni tanah air seperti pelopor kepada muzik nusantara itu sendiri iaitu Dato’ M. Nasir! Selain itu, turut menjayakan Konsert Nusantara secara alam maya ini adalah Sada Borneo, Margasatwa, Space Gambus Experiment, Kumpulan Selendang Perak dan banyak lagi kumpulan muzik tanah air. Orang ramai boleh mengikuti acara konsert ini secara siaran langsung ini di Facebook dan Youtube Port Ipoh.

#PortIpoh #IpohMuzikSimposium #Nusantara #Simposium #MNasir #Seniipoh #MamatKhalid #rabaklit #hasnulrahmat

Majulah Nusantara Untuk Nusantara!

No Comments

Post a Comment