Categories
Local Acts

K-Clique Punca Hip-hop Kembali Meletup Di Malaysia

Bermula tahun 2018, gerakan rapper secara individu dan kumpulan (atau gang rap) ini kelihatan jelas di dalam Malaysia apabila muncul kumpulan dari Sabah bernama K-Clique.

Gambar diambil dari Instagram K-clique

Munculnya K-Clique di dalam scene seperti pin bom tangan yang ditarik kerana ledakan dan impak yang mereka berikan sangat besar terhadap industri muzik negara. Jika sebelum ini kebanyakan anak muda Malaysia mahu menjadi seperti Zayn Malik, Justin Bieber, Martin Garrix atau Kim Jong Kook kerana hanya itu yang dipaparkan kepada mereka melalu media masa kini mereka mahu menjadi seperti K-Clique, Yaph, Gard Wuzgud, Forceparkbois dan banyak lagi kalau diteroka lebih ke dalam scene ini.

Mungkin ini petanda bahawa masyarakat muda di Malaysia mahukan kelainan di dalam industri muzik kerana sudah muak dan jemu mendengar muzik yang tidak berkembang dari pemuzik Malaysia jadi mereka mencari dan mencipta sesuatu yang baru.

Muzik hiphop atau rap ini bukanlah sesuatu yang baharu namun telah wujud semenjak 1973-an dan menjadi popular di dalam Malaysia sekitar lewat 90-an. Kita juga ada lagenda serta ikon yang sudah menaikkan scene di dalam genre hiphop dan rap ini seperti Nico, KRU, 4U2C, M.O.B Malique, Joe Flizzow, dan ramai lagi namun apa yang berbeza kali ini adalah cara pembawakan rap dan character rapper atau gang tersebut.

Gambar diambil dari Beautifulnara
Gambar diambil dari thesundaily.my
Gambar diambil dari Warner Music Malaysia

K-Clique menunjukan identiti mereka sebagai kumpulan yang mempunyai class tersendiri dan setiap seorang daripada ahli mereka mempunyai gaya serta style tersendiri sama ada dari segi berpakaian mahupun rap. Yaph juga membawa cara berpakaian yang unik dalam kebanyakan rapper di Malaysia sekarang serta lagu-lagunya yang membawa mesej pengajaran mengenai islam sangat mendapat tempat di jiwa pendengar. Gard Wuzgud berjaya membuktikan penggunaan autotune adalah seni di dalam nyanyian serta membawa genre lofi yang menjadi trend bagi anak muda sekarang. Forceparkbois antara kumpulan yang mendapat perhatian sehingga di remix oleh penyanyi rap South Korea iaitu 박재범, PARK HYEON JIN, JMIN, BIG Naughty, pH-1, TRADE L, Woodie Gochild, JAY BH1GHR MUSIC•8J tontonan•1 tahun lalu4K.

Sebenarnya masih terdapat ramai lagi bakat-bakat muda dan baru dalam scene ini cuma masih tiada saluran yang tepat untuk mereka mengembangkan bakat mereka.

Apakah ianya sesuatu yang bagus untuk industri?

Pendapat kami sudah tentulah ianya perkembangan yang bagus kerana mampu menambahkan lagi ‘spices’ di dalam scene dan membawa industri muzik kita ke hadapan. Cuma setiap perkara yang dilakukan perlulah disusuli perjuangan yang jelas bukan sekadar hiburan semata-mata supaya kita dapat mendidik masyarakat juga melalui muzik.

Penulisan artikel oleh @aidihkal