Pada 12 January 2023 telah berlangsung sesi sidang media bersama band Pretty Ugly, Late Night Frequency dan Banyak Bunyik Republik di Tropicana Gardens Mall bagi berkongsi mengenai Konsert Anniversary Pretty Ugly 21.
Pretty Ugly yang sangat dikenali dengan lagu Diari Seorang Lelaki, Cd Bagasi Honey, dan lagu istimewa buat sang director Francis Ford Coppola baru sahaja mengumumkan Konsert Pretty Ugly 21 kerana ramai merasakan seperti Ford Coppola, Pretty Ugly juga perlu kembali!
Konsert meraikan ulang tahun ke 21 Pretty Ugly ini akan berlangsung pada 25 February 2023 mengambil tempat di The Paddock, Kelana Jaya. Lokasi dipilih setelah mengambil kira jumlah kapasiti serta kualiti yang ditawarkan dan yang lebih menarik adalah terdapat food court di lokasi jadi mudah bagi yang kelaparan sebelum atau selepas enjoy konsert Pretty Ugly.
Tirai konsert dijadualkan buka pada jam 7:30 malam dan bermula pada jam 8 malam sehingga 12 malam dengan Banyak Bunyik Republik memulakan konsert disusuli Late Night Frequency dan kemuncak oleh Pretty Ugly. Banyak Bunyik Republik dan Late Night Frequency yang begitu dikenali dalam scene underground dipilih sendiri oleh Pretty Ugly sebagai band yang akan bersama mereka menjayakan konsert julung-julung kalinya. Daripada pihak Rabak-Lit sendiri ada bertanya adakah Konsert Anniversary Pretty Ugly 21 ini adalah permulaan bagi tour Pretty Ugly yang sebenarnya mungkin terdapat dalam perancangan, mereka menyatakan sememangnya berminat untuk melakukan tour untuk bertemu dengan para peminat setelah sekian lama tidak bersua muka namun mereka akan terlebih dahulu memerhati dan menantikan waktu yang sesuai untuk mengadakannya.
Daripada pihak organizer sendiri iaitu CD Bagasi Music ada menerangkan apa kelainan serta keistimewaan konsert ini bagi menjadikanya sebuah pengalaman lain dari yang lain seperti Pretty Ugly yang akan membawakan 21 lagu mereka yang terkandung 2 lagu cover serta 1 lagu khas tribute Allahyarhamah Siti Sarah iaitu “Jangan Kau Mimpi”. Buat pengetahuan Neves pernah terlibat sebagai penerbit dan pencipta lagu di dalam 3 album pertama Allahyarhamah Siti Sarah.
Bukan itu sahaja, Late Night Frequency yang baru sahaja menjuarai Anugerah Lagu Indie 2022 juga ada mengatakan mereka akan membawa seorang rakan jemputan untuk bersama-sama featuring dan memeriahkan konsert.
Banyak Bunyik Republik juga tidak kurang hebat dengan persediaan mereka serta 2 lagu baru yang mereka akan persembahkan nanti.
Fun(k) Day! Hari dimana korang tidak akan berhenti berjoget dan angguk kepala kerana asyik melayan ketiga-tiga band ini yang digambarkam reunion old generation with new generation.
Syabas diucapkan kepada organizer dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Konsert Anniversary Pretty Ugly 21 ini kerana berjaya mengatur konsert dengan sangat baik dari segi segala aspek!
Harga yang ditawarkan bagi setiap ticket sangatlah berpatutan berbanding dengan pelbagai konsert lain yang sedang melanda seluruh Malaysia sekarang ini:
Early Bird – RM90
Normal – RM110
Walk In – RM150
Meet & Greet – RM190
Segera dapatkan tiket korang di PRETTYUGLY.UBERTICKETS.ASIA dan untuk info lebih lanjut boleh follow Pretty Ugly dan Rabak-Lit di Instagram.
Penulisan artikel oleh@aidihkal