Categories
Shows and Fests

Hari Indie yang Bermakna di Indienasional IV

HARI INDIE YANG BERMAKNA DI INDIENASIONAL IV


Atas Angin selayaknya diberikan pujian kerana telah melaksanakan gig Indienasional ini dengan jayanya dari pelbagai faktor seperti tiket masuk yang mudah digunakan, pemilihan lokasi yang strategik, dan kawasan yang sangat bersih memudahkan gerai – gerai yang berada diluar untuk meniaga.

Pembukaan yang langsung membuatkan suasana menjadi rancak oleh Bonafides. Membawa crowd ke dalam kemerduan muzik mereka bersama sama penyanyi undangan mereka iaitu Sasha Ningkan!

Majlis kemudianya dimeriahkan lagi dengan Encem Bois yang memberi hentakan tenaga sehingga tak keruan crowd Indienasional IV. Mereka juga memberi kejutan dengan cover beberapa lagu yang salah satunya adalah nasyid.

Bahang kemeriahan Indienasional IV diteruskan lagi oleh Dewataraya yang membawa genre progressive rock. “HAPUSKAN INI SEMUA” antara lirik yang didendangkan oleh mereka dan semua yang hadir membuatkan ianya antara saat paling gempak di Indienasional IV.

Pesta disambung dengan kehadiran Leaism bagi mengantikan Ramayan yang tidak dapat hadir kerana salah seorang daripada ahli mereka dijangkiti COVID-19. Leaism memberikan kesegaran kepada crowd yang telah diulit keganasan muzik sebelumnya apabila Leaism mengajak semua di sana berjoget santai mengikut rentak sambil melayan perasaan mendengarkan nyanyian Leaism yang sungguh mengasyikan.

Motherwit pula telah membuktikan mereka bukan sekadar muka baharu di dalam industri tapi adalah masa depan di dalam industri!

Merasuk semua yang hadir untuk ikut bernyanyi sudah seperti menjadi kehandalan A.limin apabila setiap lagu yang dibawa mereka crowd mengikut sing along. Walaupun terjadi sedikit permasalahan teknikal namun the show must go on. A.limin tetap menyajikan persembahan yang bergitu memukau.

Tak lengkaplah Perayaan Indie kalau disambut tanpa Ryöt Jones yang membawa retro-funk-punk. Keseronokan yang dibawa Ryöt Jones membuatkan kita rasa serba salah jika tidak ikut berjoget!

Waktu yang sangat tepat untuk kita berjoget sebelum waktu rehat iaitu pada 7 petang sehingga 8 malam.

Penuh emosi, penuh semangat, penuh jiwa yang dirasai ketika Couple sedang beraksi! Tentang Kita, Lagu Cinta Untukmu, Now That I Can See dan banyak lagi lagu dibawa namun ketika tamat persembahan mereka penonton masih mahukan lebih.

Bagi para penggemar alunan ska sudah tentu akan sangat berpuas hati apabila menonton persembahan dari Skudap Skudip. Mereka sememangnya sudah dikenali lama di dalam scene sebagai band yang membawa genre ska dengan jayanya! Jelas kelihatan suasana di BSYNC Production menjadi sangat meriah dipenuhi dengan bunyian saxophone.

Inilah masanya yang ditunggu bagi semua Pak Maon dan Bentara Guru untuk menari twist. Kugiran Masdo tidak pernah gagal dalam merancakan mana-mana pesta termasuklah Indienasional IV. Pada penghujung acara kita masih disajikan dengan persembahan menyeronokan sememangnya padan dengan istilah Indienasional itu sendiri.

Di penghujung pesta kita disajikan oleh Atas Angin iaitu sesi after party yang dikawal Afiq Azren untuk menutup pesta Indienasional IV. Kelihatan masih ramai yang bersemangat untuk berpesta sehingga tengah malam hari itu. Afiq Azren sebagai seorang DJ telah memukau mereka yang tinggal di pesta untuk kekal berasmara dengan muzik rancak dihidangkanya.

Indienasional IV menamatkan acara pada lewat malam. Pastinya banyak meninggalkan kenangan manis kepada semua crowd termasuk saya juga dan saya harapkan dapat bertemu semula pada Indienasional yang akan datang!


Penulisan Artikel oleh @aidihkal