Categories
Promotion

Gabungan Lagenda Tanah Air dan Musik Kebudayaan di Kuala Lumpur

Organisasi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Drug Free Malaysia (DFM) mengadakan konsert Rhythm Of Legends yang akan berlangsung pada 29 Oktober 2022 ini di Plenary Hall, KLCC.

Poster Rhythm of Legends.

Organisasi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Drug Free Malaysia (DFM) mengadakan konsert Rhythm Of Legends yang akan berlangsung pada 29 Oktober 2022 ini di Plenary Hall, KLCC.

Barisan penyanyi terdiri oleh Dato Hattan & Zamani disertai oleh One Nation Emcees, Rojer Kajol, Asmidar dan Mawi. Membawa kembali irama dan seni Melayu di konsert ini adalah antara keistimewaan yang akan dirasai oleh penonton yang datang menyaksikan persembahan mereka. Seni Melayu yang dimaksudkan bukan sahaja daripada bangsa Melayu malah daripada bangsa India, Cina, Melanau, Kadazan, Dusun, Muruk, Bidayuh dan banyak lagi kerana mengikut adat resam, seni dan musik telah menyatukan kita yang berbilang bangsa meskipun berbeza agama dan bangsa.

Contoh gambar pakaian busana tradisional.
Contoh gambar alat musik tradisional.

Mungkin kita akan dapat mendengar Dato Hattan menyanyikan lagu Memburu Rindu atau Zamani menyanyikan lagu Gerimis Mengundang versi irama kebudayaan kerana sememangnya banyak alat musik tradisional akan digunakan di sana seperti kompang, tandu ataupun gamelan. Malah, suasana kebudayaan itu makin rancak dengan penari dan artis akan mengenakan pakaian budaya mereka! Korang akan dapat tengok penari memakai busana perkahwinan, menari sambil memakai sarong atau kain pelikat dan pakaian-pakaian bangsawan pada era melayu lama yang dah jarang untuk kita lihat adanya persembahan mengetengahkan perkara warisan seperti ini.

Gambar Khai Aziz.

Selain daripada mengetengahkan warisan dan seni budaya yang sudah lama ditinggalkan, DFM juga menganjurkan konsert ini untuk mengutip duit sumbangan daripada pembelian tiket lalu disumbangkan ke badan-badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga tabung bencana serta program pemulihan selepas pandemik. Dengan konsep berhibur sambil beramal, korang tak perlu ragu berkenaan adakah ianya benar kerana founder DFM iaitu Khai Aziz telah memenangi banyak anugerah dari pelbagai bidang seperti Ministry of Education, Selangor State, Malaysia Tahun 2016, Our Better World, Singapore, Selangor Youth, Selangor State Govt, Malaysia (SAY), dan banyak lagi.

Berkenaan pembelian tiket korang boleh terus ke Instagram DFM dan di bio kemudian akan tersedia laman sesawang untuk korang buat pembelian. Harga yang ditawarkan juga berpatutan, bermula dari RM179 sehingga RM979 untuk sesi meet and greet. Jadi apa korang tunggu lagi, kita jumpa di sana!

 

 

Penulisan artikel oleh @aidihkal