Pesta Buku Merdeka di Sungei Wang Plaza
Sempena bulan kemerdekaan yang ke-65 buat negara Malaysia, Bibliophile, Biblio Press, Rabak-Lit dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia telah berkerjasama menganjurkan Pesta Buku Merdeka yang bakal berlangsung bermula 25 Ogos sehingga 31 Ogos 2022.
“Merdeka Dengan Membaca” adalah slogan paling tepat untuk menggambarkan Pesta Buku Merdeka kerana membaca melambangkan bahawa kita adalah masyarakat yang bebas dari jajahan tidak kira dari segi fizikal dan pemikiran.
Pemilihan lokasi yang strategik dan mempunyai sejarah tersendiri, buat yang pernah datang ke Sungei Wang Plaza tentu akan mengimbau kenangan lama. Sungei Wang Plaza mempunyai tarikan tersendiri dari dulu sehingga kini yang menjadikannya lokasi paling sesuai untuk diadakan Pesta Buku Merdeka.
Senarai acara sepanjang Pesta Buku Merdeka:
SABTU, 27 OGOS 2022
- “ANXIETY. Betul ke kita ada?” oleh Iman Publication (12.00 tengahari – 1.00 petang)
- Penerangan Crime Preparedness (2.00 petang – 3.00 petang)
- “Nusantara Bergerak: Sanggah Pemula” oleh GerakBudaya (3.00 petang – 4.00 petang)
- “Pemikiran Merdeka Zaman Sekerang Ini Bagaimana?” (5.00 petang – 6.00 petang)
- “Matinya Seorang Patriot” oleh Nasir Jani (6.00 petang – 7.00 malam)
AHAD, 28 OGOS 2022
- “Kelab Hati Yang Tersakiti” oleh Whitecoat – Ms Nadia (11.00 pagi – 12.00 tengahari)
- “Jangan Buka Hijabku + MELANCHOLY” oleh Whitecoat – Mr Jeff Hamz & Ms Fatrisha ( 12.00 tengahri – 1.00 petang)
- “Laksamana Hang Nadim: Pejuang Kemerdekaan” oleh PATRIOTS (1.00 petang – 2.00 petang)
- “GIFTED” oleh Whitecoat – Ms Khairul (2.00 petang – 3.00 petang)
- Persembahan Sape dan bacaan sajak (3.00 petang – 4.00 petang)
- “Mat Kilau” oleh Abdul Latip Talib @ Pak Latip (4.00 petang – 5.00 petang)
- “My Journey by Bus” oleh Lam Ching Fu dan Amir Muhammad (5.00 petang – 6.00 petang)
- “Tuan Gatsby” oleh Raina Bahaudin dan Irni Fazrita (6.00 petang – 7.00 malam)
ISNIN, 29 OGOS 2022
- “Akupunktur: Sebuah Kebenaran” oleh Dr. Nasir Hashim (4.00 petang – 5.00 petang)
- Bedah Buku 1984 bersama penterjemah, Aida Harun (5.00 petang – 6.00 petang)
SELASA, 30 OGOS 2022
- “Gendang Perang: Pemikiran Carl von Clausewitz” oleh Wan Ahmad Fayhsal (3.00 petang – 4.00 petang)
- “Apa Erti Kemerdekaan tanpa Food Security” bersama Jamalee Bashah (4.00 petang – 5.00 petang)
RABU, 31 OGOS 2022
- Sembang Komik: Siri Dr. Maszlee oleh Dr. Maszlee (1.00 petang – 2.00 petang)
- Jiwa Yang Merdeka oleh Dr. Zul (2.00 petang – 3.00 petang)
- Persembahan Silat Cekak Hanafi dan Tarian 1Malaysia (3.00 petang – 4.00 petang)
- Syair Anak Merdeka (4.00 petang – 5.00 petang)
- Bicara Pujangga Merdeka – P. Ramlee dan Hal-hal Kemerdekaan yang Tidak Selesai (5.00 petang – 7.00 malam)
Sudah pasti tarikan terbaik dari Pesta Buku Merdeka adalah kepelbagaian buku yang bakal berada di sana dari banyak syarikat penerbitan buku dan komik lokal.
Untuk mengetahui lebih banyak maklumat berkaitan dengan Pesta Buku Merdeka, anda boleh ikuti akaun media sosial Rabak-Lit di Facebook, Instagram dan Twitter. Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan pesta setahun sekali serta merayakan kemerdekaan Malaysia bersama-sama di Sungei Wang Plaza.
Merdeka dengan membaca! Jumpa anda di sana!